“Pizza Kami Selamat, Tepati SOP” – Pizza Hut Malaysia

Trending

“Pizza Kami Selamat, Tepati SOP” – Pizza Hut Malaysia

Restoran Pizza Hut di Malaysia memberi jaminan makanan yang disediakannya melalui proses kawalan yang ketat, susulan dakwaan Pizza Hut di Indonesia menggunakan bahan ramuan tamat tarikh luput.

Advertisement

Ketua Pegawai Operasi Pizza Hut Malaysia, Merrill Christopher Pereyra berkata isu itu tidak membabitkan restoran di negara ini.

“Kawalan ketat dalam mengekalkan standard produk kami, syarikat berjanji mematuhi sepenuhnya semua peraturan kesihatan dan keselamatan sebagaimana diarahkan kerajaan.

“Ini kerana tiada apa yang lebih penting bagi kami daripada memastikan keselamatan pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan,” katanya, lapor FMT.

Pereyra bagaimanapun berkata Pizza Hut Indonesia sudah menafikan laporan yang mendakwa rangkaian makanan segera itu menggunakan bahan yang melepasi tarikh tamat.

“Pihak pengurusan syarikat menganggap isu ini amat serius. Kami dimaklumkan dari pihak Pizza Hut Indonesia berhubung dakwaan mengatakan penggunaan bahan yang melepasi tarikh tamat tempoh sama sekali tidak benar.”

Akhbar mingguan Indonesia, Tempo dan BBC baru-baru ini melaporkan Pizza Hut dan Pizza Hut Delivery (PHD) mengamalkan dasar melanjutkan jangka hayat beberapa bahan untuk produknya, satu langkah yang jelas melanggar undang-undang makanan di negara itu.

Turut dilapor restoran Jepun, Marugame Udon yang dikendalikan oleh syarikat sama yang memegang lesen untuk Pizza Hut mengamalkan dasar yang sama.

Siasatan mendapati Pizza Hut menggunakan 7 bahan tamat tempoh termasuk puff pastri, sosej ayam vegetarian, sos XO, campuran brownies, campuran sos carbonara, lauk manis dan limau perapan.

Manakala PHD pula berbuat demikian ke atas produk sosej ayam vegetarian, puff pastri, campuran sos carbonara dan sos sate.

Kesemua bahan ini dilanjutkan penggunaan sehingga sebulan selepas tarikh tamat tempoh.

Pizza Hut menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Pizza Hut Malaysia berkata ia komited meningkatkan kualiti ke tahap tertinggi dan memastikan keselamatan makanan dikekalkan.

“Ini kerana tiada apa yang lebih penting bagi kami daripada memastikan keselamatan pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan,” kata Pereyra.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...