Abang Nara nak korang cari satu persamaan antara 3 cara di bawah yang digunakan untuk keep on touch dengan kawan-kawan kita:-
- BBM/SMS/Skype
Apakah persamaan 3 menatang alah di atas? Jawapannya ialah…. (jeng jeng jeng)
[note] Ketiga-tiga cara perhubungan di atas tidak memerlukan anda berjumpa secara Face to Face dengan kawan-kawan kita [/note]
Itulah masalah dunia sekarang ini. Masalah besar nie. Kita dah terlalu dimanjakan dengan teknologi sampai kadang-kadang kita terlupa nak berjumpa face to face dengan kawan-kawan kita. Meh sini Abang Nara nak ingatkan korang. Online tue online jugak, tapi tak ada yang lebih best selain bergosip dengan member korang secara face to face.
Kalau selama ini korang selalu lepak kat mapley untuk bergosip, kali ini Abang Nara nak cadangkan satu tempat yang lagi best. Segalanya pasti akan indah bersama bila korang melepak kat tempat nie. Tempatnya ialah:-
Sila jangan teruja melihat kekacakan dan ketoughan Abang Nara. Pastikan korang nampak “Pizza Hut†tue. Baru-baru ini Abang Nara telah ke Pizza Hut Subang 2 untuk berjumpa dengan kawan-kawan blogger yang dah lama tak dijumpai. Bukan apa, Abang Nara rasakan Pizza Hut adalah tempat terbaik untuk gelak kuat-kuat, gossip secara berhemah dan catch up info terkini sebab suasananya sangat casual dan relax. Tak percaya? Abang Nara bagi korang ushar sekeping gambar Pizza Hut Subang 2 nie untuk buat korang lebih teruja.
Korang tau tak tagline Pizza Hut yang terbaru apa dia?
[note] Eat, Laugh, Share at Pizza Hut [/note]
Abang Nara suka sangat dengan tagline nie. Semua benda ada dalam tue. Makan ada, gelak pun ada dan yang penting sharing pun ada. Kata orang sharing is caring. Dan korang tau tak Abang Nara jumpa sapa masa makan kat Pizza Hut Subang 2 nie?
Redmummy atau lebih dikenali sebagai blogger jutawan sejak cerita pasal dia keluar muka depan Berita Minggu baru-baru nie. Kalau Abang Nara jumpa makcik seorang nie, memang tadah telinga ajerlah dengan dia bercerita. Gosip semua keluar. Memang best. Abang Nara memang lebih feel kalau bergosip secara direct. Terasa lebih mesra gitu.
[note]Abang Nara Abang Nara. Saya nak tanya apa benda yang Abang Nara makan kat Pizza Hut tue. Nampak macam lazat je [/note]
Korang nie bab makanan je memang pantas ek. Selain daripada ke”best”an bila dapat duduk bersama di Pizza Hut, makanan yang disediakan pun memang first class. Paling best ialah pizza Ring of Fortune (pizza Seri Emas) yang dilancarkan sempena Chinese New Year. Lazat sehingga menjliat pipi!
Korang nampak je Abang Nara tersenyum girang posing ngan Pizza Ring of Fortune tue. Untuk pengetahuan, 5 minit selepas itu, 4 slice pizza tersebut telah selamat masuk ke dalam perut Abang Nara. Lazat gila!!! Eh sebelum terlupa, korang dah tengok belum iklan Pizza Seri Emas nie? Touching gila~~
Abang Nara bila tengok iklan kat atas tue Abang Nara dah dapat feel Pizza Hut adalah tempat terbaik untuk melepak bersama dengan kawan-kawan Abang Nara. Bersih, suasana tenang dan makanan dia semua best-best. Antara menu terbaik yang Abang Nara dapat makan di Pizza Hut Subang 2 ini ialah Tripple Platter (ada Oriental Wings atau Honey BBQ Wings, Masala Spin Roll and Criss-Cut Fries yang dihidangkan dengan Cool Lime Mayo). Nie gambar dia.
Sila cover sikit air liur yang terkeluar kerana teruja melihat hidangan Pizza Hut di atas. Banyak lagi yang best-best macam Cheesy Char-Grilled Chicken baked rice, Seafood Marinara Pasta, Mango Puding dan macam-macam lagilah. Kalau korang duduk area Subang, Kota Damansara dan PJ, memang Abang Nara cadangkan korang pergi Pizza Hut Subang 2 untuk mencuba kesemua menu yang ada nie.
Korang tengok tue betapa pelahapnya blogger-blogger bila dapat Pizza Hut. Habis kesemua makanan yang diorder . Memang ganas diorang nie. Abang Nara suka sangat bila dapat lepak-lepak di Pizza Hut dengan kawan-kawan blogger seperti DarkBatman, FourfeetNine, ShaolinTiger, VivyYusof dan ramai lagilah. Awek kesayangan ramai si Hanis Zalikha pun ada. Macam-macam berita terkini pasal blogger dapat diketahui terutamanya dari mulut blogger jutawan kita. Dia memang makcik kepoh.
Walaupun DarkBatman cuba mencuri Honey BBQ Wings Abang Nara, tapi segalanya indah apabila bersama di Pizza Hut. Abang Nara nak cadangkan kat korang hujung minggu nie bawaklah family/awek/pakwe/tunang/ayah/mak korang ke Pizza Hut. Cuba spend masa dengan diorang. Abang Nara pasti korang takkan menyesal punya. Percayalah ~~~
Abang Nara tinggalkan korang dengan gambar Hanis Zalikha yang datang agak lewat tapi sampai-sampai je terus menyerbu ke meja untuk menikmati kelazatan menu terbaru Pizza Hut. Perhatikan eksperessi muka Hanis yang memang dah tak sabar tue. Memang teruja sangat!
More info tentang Pizza Hut boleh ke laman rasmi Pizza Hut dan Facebook Pizza Hut.
P.S: Abang Nara ingat nak buat small gathering kat Pizza Hut Subang 2 nanti. Ada sesiapa nak join?