May 16th, 2012

Anda yang menggemari artis antarabangsa seharusnya gembira kerana hampir setiap bulan mereka turun ke Malaysia untuk membuat persembahan. Selain daripada Jason Mraz pada 19 Jun ini, Pixie Lott yang popular dengan lagu All About Tonight bakal membuat persembahan di KL Live Centre pada 26 Mei ini.

pixie lott

Mungkin ada di antara yang tidak mengenali Pixie Lott. Secara jujur, Abang Nara pun tak berapa kenal namun selepas mendengar dan melihat video klip All About Tonight di bawah, Abang Nara terus jatuh cinta dengan Pixie Lott.

Sekiranya anda memang peminat setia Pixie Lott namun tidak berkesempatan menghadiri showcasenya pada 26 Mei ini, jangan risau kerana Pixie Lott akan turun padang untuk sesi autograph di Rock Corner, The Curve pada 27 Mei bermula jam 2 petang. Pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang keemasan untuk beramah mesra dengan Pixie Lott secara up close and personal di hari tersebut.

pixie lott

Untuk info cara mendapatkan tiket ke showcase Pixie Lott, sila ke laman web Universal Music Malaysia ataupun LIKE Facebook Universal Malaysia.


8 responses to “Pixie Lott Live In Malaysia 26 Mei Ini”

  1. […] the original post: Pixie Lott Live In Malaysia 26 Mei Ini Related Posts:Pixie Lott Hadir Ke Kuala Lumpur Untuk Showcase, Promosi Album Terbaru Satu lagi […]

  2. minta maaf ya says:

    Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!Sila tunjuk permit kerja!

Loading...