Idea ‘genius’ seorang lelaki menghias pisang dengan pelbagai corak menyerupai wajah manusia, telah mendatangkan pendapatan lumayan apabila dia menjual pisang-pisang itu dengan harga $10(RM39) sebiji.
Laporan dari Metro.uk telah melaporkan, Davonte Wilson dari Plano, Texas menubuhkan syarikat Bananas Gone Wild yang dijangka mampu meraih pendapatan lebih $100,000 (RM390,580) setahun.
Antara hiasan yang diletakkan pada pisang itu termasuk janggut palsu, cermin mata gelap dan serbuk berkilauan.
Wilson berkata idea kreatif itu dapat ketika bekerja di sebuah hospital tempatan sebagai seorang juruteknik elektrokardiograf dan terkenal dalam kakitangan kerana kemahirannya melukis corak muka di bahagian kulit pisang.
“Ada rakan yang mentertawakan hobi saya, tetapi kini saya mahu menjana pendapatan daripada penjualan pisang berhias.
“Sebiji pisang akan dijual dengan harga AS$10 (RM39) dan saya mampu mengaut keuntungan lebih RM390,580 setahun,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.