Pipi Terkena Pisau, Adik Terima Jahitan Selepas Cuba Leraikan Pergaduhan Abang Dan Kakak

Kehidupan

Pipi Terkena Pisau, Adik Terima Jahitan Selepas Cuba Leraikan Pergaduhan Abang Dan Kakak

Kakak dan abang gaduh, adik yang jadi mangsa. Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun apabila dia menerima tiga jahitan di bahagian pipi akibat terkena pisau ketika cuba meleraikan pergaduhan antara kakak dan abangnya di Kampung Lubak, Beaufort, kelmarin .

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku jam 7.30 malam ketika abangnya mengamuk kerana ibu mereka melarangnya untuk pergi ke Kota Kinabalu. Ini disebabkan ibu mangsa tidak membenarkannya untuk mengambil barang di kawasan berkenaan kerana dia menggunakan motosikal milik orang lain selain dia tidak mempunyai lesen memandu.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supritendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, siasatan mendapati suspek meninggikan suara dan memarahi ibunya kerana larangan tersebut.

Tidak berakhir di situ, kakak mangsa menegur perbuatan suspek dan hal itu membuatkan suspek bertambah marah dan bertindak mengambil pisau di dapur.

“Mangsa kemudian datang untuk menghalang dan meleraikan pergaduhan tersebut malangnya pisau yang ada pada tangan suspek terkena pipi sebelah kanan mangsa”

Menyedari akan kejadian, suspek terus melarikan diri dan usaha mengesannya masih giat dijalankan. Sementara itu, mangsa yang cedera di pipi dihantar ke Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Seeloknya, nasihat dan teguran daripada ibubapa haruslah dipatuhi supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...