Usahawan kosmetik viral, Safiey Illias mengalami masalah pipi bengkak dan bernanah setelah disyaki telah mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah dipercayai khidmat daripada rumah ke rumah.
Dia yang memuat naik foto memaparkan keadaan pipinya yang mula bernanah di laman instagram miliknya. Tambahnya, keadaan itu sudah mula membimbangkan dan menjejaskan kesihatannya kini.
Safiey kemudian mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik estetik bertauliah.
“Doktor cakap ada nanah. Dia marah buat apa dulu dekat muka. Biasalah masa tu bulan 11 tahun lepas gatal nak buat di rumah dan macam-macam lagi. Ke sebab buat lesung pipit hari tu? Entahlah pening nak ingat. Jangan buat sembarangan dengan orang yang buat rawatan estetik lagi-lagi rumah ke rumah,”
Dalam pada itu, Safiey cepat menasihatkan sesiapa yang di luar sana yang ingin menjalani rawatan estetik supaya mendapatkannya daripada golongan bertauliah meskipun agak mahal dari segi kos perubatan.
“Muka ada 1, tak ada duit kumpul. Ada duit mahal pun tak apa janji kita buat dengan doktor pakar bukan doktor segera tak ada sijil LCP (Letter of Credentialing and Privileging)..”
Menurutnya lagi, beberapa mililiter (ml) nanah telah disedut keluar dari pipi gara-gara kesilapannya itu. Dia mula mendapatkan rawatan susulan setelah tiga hari pipinya membengkak kerana bimbang akan menjejaskan saraf otak jika dibiarkan.
Ketika meninjau ruangan komen, ramai netizen beranggapan bahawa kejadian itu adalah kesan daripada perbuatan mengubah ciptaan Allah S.W.T dan ada juga yang meminta Safiey supaya kembali ke pangkal jalan dan fitrahNya.