Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pintu Hati Saya Tertutup Untuk Kenal Dengan Mana-mana Lelaki – Izreen Azminda

Sudah rimas dikaitkan dengan pelbagai gosip cinta, Izreen Azminda menjelaskan pintu hatinya sudah tertutup untuk mana-mana lelaki.

Advertisement

Jujurnya, pada waktu ini apa yang boleh saya katakan ialah, saya sudah tertutup untuk kenal mana-mana lelaki.

Yang lepas tu lepaslah dan kalau boleh saya tak mahu fikirkan soal teman hidup kerana bagi saya ia buang masa kerana ada ketikanya, hubungan yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan.

Walaubagaimanapun, wanita mana yang tidak mengimpikan seorang suami yang boleh menerima diri mereka seadanya. Buat Izreen beliau sangat kagum melihat Nabila Huda dan suaminya yang cukup melengkapi antara satu sama lain.

Saya suka tengok pasangan Nabila Huda dan suami. Mereka ibarat saling melengkapi dan punya minat yang sama. Sebab itulah mereka boleh ‘go on’ dan bahagia.

Advertisement

Alangkah bahagianya kalau saya juga punya teman yang sedemikian. Tapi itulah, bila tanya saya soal jodoh dan teman lelaki, saya mulai rasa takut dan tak mahu fikir lebih-lebih.

Susah untuk mencari teman hidup yang betul-betul boleh terima diri kita seadanya tetapi semua itu adalah perancangan takdir. Namun, seseorang itu juga perlu berusaha. Mana tahu tiba-tiba ada je lelaki yang boleh mencairkan hati Izreen?

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama