Difahamkan, pihak kerajaan meringankan beban waris mangsa tragedi nahas bas melibatkan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan menghapuskan pinjaman PTPTN yang ditanggung oleh mangsa terlibat.
Hutang PTPTN dihapuskan
Melalui sidang media yang dibuat oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mangsa yang terkorban dalam nahas bas merupakan peminjam PTPTN, hutang tersebut akan dihapuskan mengikut dasar sedia ada.
Sekiranya ada dikalangan pelajar yang merupakan penerima pinjaman PTPTN, maka berdasarkan dasar sedia ada, pinjaman itu dilupuskan atau dimaafkan. Jadi tidak ada isu membabitkan 15 orang mangsa tersebut.
Bantuan kewangan buat keluarga mangsa ditambah
Dalam pada masa yang sama, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar bantuan kewangan tambahan disalurkan kepada keluarga mangsa.
Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa bantuan tambahan diberikan sebanyak RM10,000 kepada setiap 15 keluarga pelajar yang maut dan RM5,000 kepada mangsa yang tercedera.
Difahamkan, langkah berkenaan merupankan cara pihak kerajaan membantu keluarga mangsa nahas bas yang telah meragut nyawa 15 pelajar UPSI.