Pinggang Dirangkul, Pelajar Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Oleh Pensyarah Kolej Terkemuka – “Dalam Bilik Dia Ada K*ndom, Tilam Kecil”

Kehidupan

Pinggang Dirangkul, Pelajar Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Oleh Pensyarah Kolej Terkemuka – “Dalam Bilik Dia Ada K*ndom, Tilam Kecil”

Seorang pelajar di kolej terkemuka yang terletak di Melaka telah menceritakan bahawa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pensyarah Matematik yang juga sudah mempunyai enam orang anak, termasuk bayi yang sedang dikandung isteri ketika ini.

Pensyarah ugut guna ‘carry mark’ kalau tak ‘layan’

Pensyarah itu dikenali sebagai ‘heroes’ kepada pelajar yang sering mendapat markah rendah dan dengan menggunakan kuasanya, pensyarah tersebut memanggil pelajar itu untuk menghadirkan diri ke sesi konsultasi tetapi beberapa kali tidak hadir susulan kekangan masa.

Advertisement

mesej pensyarah ganggu pelajar

Ketegangan antara dua individu itu berlaku apabila pensyarah berkenaan menghantar mesej secara peribadi dengan meminta gambar serta bertanya soalan privasi yang sama sekali tiada kaitan dengan subjek yang diajari olehnya.

Susulan enggan mengikut ‘permintaan’, pensyarah itu didakwa mengugut pelajar berkenaan dengan menggunakan carry mark sebagai senjata untuk memanipulasi.

Ditolak hingga ke meja, pelajar cedera teruk

pensyarah buat gangguan seksual

Saya hadir sesi konsultasi seperti biasa tetapi keadaan berubah apabila pensyarah tersebut memadamkan lampu di sekitar kawasan cubicle. Saya minta izin untuk pulang, tetapi dia halang dan paksa untuk tunggu.

Saya cuba tolak guna botol, tapi dia pegang saya dan tolak ke meja hingga alami kecederaan teruk pada tulang coccyx.

Simpan ‘benda-benda’ jijik dalam bilik pensyarah

Lebih menjijikan, pelajar terbabit mendedahkan pensyarah itu ada menyimpan barang-barang seperti kondom serta tilam kecil di dalam cubicle atas tujuan gangguan seksual.

pensyarah buat gangguan seksual

mesej pensyarah ganggu pelajar

Biarpun tidak mendiamkan diri dengan membuat laporan polis atas kejadian yang berlaku ini, pelajar itu difahamkan kini mengalami tekanan emosi serta fizikal yang berpanjangan hingga dia membuat keputusan untuk berhenti belajar di kolej terbabit demi keselamatan diri.

polis buat aksi lucah
23 hours ago

Anggota Buat Aksi Tak Senonoh Terhadap Wanita, Ini Jawab Ketua Polis - "Siasatan Telah Dimulakan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...