Pingat Emas Ziyad Batal, Ini Kenyataan World Para Athletics

Trending

Pingat Emas Ziyad Batal, Ini Kenyataan World Para Athletics

Pingat emas yang diraih atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, dalam Paralimpik Tokyo terpaksa dibatalkan selepas pasukan menerima protes daripada kem Ukraine.

Pembatalan itu sekali gus menjadikan peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang berada di tempat kedua sebelum ini meraih emas dengan catatan 17.34m.

Advertisement

twitter nabila huda bengang
4 years lalu

(Video) : Ziyad Buat Kejutan Di London, Raih Emas Dan Cipta Rekod Baru Dunia.

Memetik kenyataan rasmi daripada World Para Athletics, rayuan tiga atlet dari Australia, Ecuador dan Malaysia ditolak selepas merujuk kepada peraturan World Para Athletics Rule 5.5.

Berdasarkan peraturan itu, atlet yang ‘Gagal Lapor Diri Ke Call Room’ dalam masa yang ditetapkan mengikut jadual Call Room akan dikira sebagai DNS (Did Not Start).

Dalam peraturan itu, atlet boleh bersaing di bawah protes sementara pengadil melakukan penilaian berdasarkan bukti dan sebab mengapa atlet lewat ke Call Room.

Advertisement

Selepas pengadil mempertimbangkan kesemua bukti, mereka memutuskan tiada sebab munasabah menyebabkan kegagalan atlet lapor diri ke Call Room mengikut masa yang ditetapkan.

Dalam kenyataan itu, World Para Athletics memaklumkan rayuan telah dibuat pasukan terlibat di mana mereka berpeluang mengemukakan bukti sebelum pengadil membuat keputusan. Berdasarkan penilaian, pengadil mengesahkan atlet mendapat status DNS.

ziyad zolkefli

Di Instagram, Ziyad Zolkefli memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas pembatalan pingat tersebut. Ziyad turut berterima kasih di atas sokongan padu yang diberikan orang ramai kepadanya.

Meninjau ke ruangan balas, orang ramai dilihat memberikan kata-kata positif dan semangat buat atlet negara ini. Mereka berbangga dengan pencapaian rekod dunia yang telah dibuat Ziyad.

Malah, mereka menegaskan Ziyad tidak perlu memohon maaf sebaliknya bangkit pada kejohanan yang akan datang.

Terdahulu, Ziyad secara tidak rasmi telah memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.

Advertisement

Di Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017, Ziyad turut memperbaharui rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.29m.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...