Pindah Tetamu Tempat Lain, Pemuda Dedah Kisah Seram Hotel Casuarina Inn, Taiping

Kehidupan

Pindah Tetamu Tempat Lain, Pemuda Dedah Kisah Seram Hotel Casuarina Inn, Taiping

Hotel Casuarina Inn satu ketika dahulu amatlah gah dan terletak di Taman Tasik Taiping, Perak. Reka bentuk hotel ini amat menarik dan mempunyai seni bina bangunan British yang melakarkan sejarah yang tersendiri dan kekal disana tanpa penghuni sehingga kini.

Ianya ditinggalkan tidak bertuan setelah sekian lama dan menyumbang ke arah kisah-kisah misteri kepada kisah hotel yang tiada pengunjung.

Advertisement

kisah causirina yang ditinggalkan di taiping

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah mengupas kisah hotel Casuarina Inn Taiping, Perak yang dikatakan mempunyai banyak kisah misteri ini.

Menurut @the_khayalans, hotel ini dahulunya pernah digunakan sebagai kem dan dorm untuk tentera British merehatkan diri dan tempat tinggal mereka buat sementara waktu. Kemudian bangunan asal Casuarina Inn ditinggalkan kosong bertahun lamanya.

 

kem dan dorm pada zaman British sebelum ini

Setelah dibiarkan kosong, kerajaan negeri Perak mengambil alih kawasan ini pada 12 September 1972 dan dijadikan sebuah hotel bajet untuk kegunaan dan kemudahan orang awam serta pelancong.

Menurut ORANG PERAK, hotel Casuarina Inn Taiping, Perak ini telah ditutup sekitar tahun 2010 kerana tidak mampu untuk menampung kos pengurusan hotel.

Dahulunya hotel ini memang sangat cantik kerana ia dibina ala-ala reka bentuk British yang mempunyai 24 bilik, 2 bilik keluarga dan terdapat banyak kemudahan yang disediakan di hotel ini.

null

Pelbagai cerita yang kurang enak, seram dan misteri dari pengalaman pengunjung sendiri yang pernah bermalam ni hotel ini tersebar melalui penceritaan lisan mungkin kerana keadaan bangunan tersebut sangat seram dan ianya adalah bangunan lama.

Kisah seram di hotel ini kebanyakannya berdasarkan pelanggan yang menginap di hotel ini. Rata-rata mereka sering dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

kisah seram di hotel dari pengunjung sendiri

Hang tidur bilik hang, bangun tetiba kat luar. Haa lebih kurang gitu lah.

Menurut @the_khayalans, salah seorang kawan ibunya sangat menyukai aktiviti paranormal dan pergilah ke hotel berhantu ini dan tidur di sana.

Kawan mak aku memang steady. Dia pergi sana pilih tempat baik untuk tidur malam itu. Pada malam itu dia pusing-pusing tempat itu dan membaca al-Quran bagi mengisi masa lapang yang terluang.

Katanya, pada mulanya semasa membaca al-Quran masih lagi tidak diganggu oleh entiti, tiba-tiba dia nampak ada bayangan lalu depannya tapi dia tak nak pandang sebab tengah membaca al-Quran.

Tenang sahaja hati, tiba-tiba terdengar ada benda kena tarik di tingkat atas, dan sudah dapat diagak sesi gangguan bermula.

Tapi kawan mak tetap membaca al-Quran sehingga terkejut apabila terasa bahunya dipegang dan terlihat bayangan sama semasa berdiri dan terus mengikut bayangan tersebut ke sebuah bilik.

Tetapi bilik tersebut kosong dan tiada apa-apa. Jadinya, dia nak balik semula ke tempat tidur, tapi tak jumpa sehingga kepenatan dan tertidur.

Keesokan harinya, sedar-sedar je dah terletak di luar hotel bersama barang-barang yang dicampak keluar.

Cerita yang seterusnya pula oleh pak ciknya. Menurut pak ciknya kawannya dahulu berkerja di hotel tersebut sebagai penyambut tetamu di hotel tersebut dan berhenti kerana gangguan yang teruk.

penyambut tetamu diganggu teruk

Gangguan yang diterima oleh para pekerja di hotel selalunya loceng di kaunter dibunyikan berkali-kali itu amatlah normal. Tetapi, lain kisah dengan kawan pak cik apabila melayan tetamu yang sebenarnya hantu.

Ketika itu hujan, dia terlihat sebuah keluarga baru nak daftar masuk ke hotel tersebut. Layanan diberikan seperti biasa. Setelah keluarga ini selesai urusan daftar masuk, keluarga ini menuju ke bilik yang ditempah. Tetapi perasaanya mengatakan keluarga ini pelik.

Tetapi dia biarkan sahaja kerana pelanggan. Selepas sahaja keluarga ini mendaftar masuk, kawan pak cik terima sebuah panggilan untuk perkhidmatan bilik.

Tetamu bilik tersebut memesan makanan yang banyak dan membuatkan kawan pak cik pelik, tetapi husnuzon jela, sebab mereka kan ramai.

Penghantar makanan pula diarahkan oleh pelanggan untuk meletakkan pesanan mereka hanya di pintu sahaja.

Apa yang peliknya, selepas dua hari penghantar makanan datang kutip pinggan dan tetamu tersebut memberitahu nak menginap untuk dua hari sahaja.

Sehingga masuk hari ketiga tak daftar keluar lagi yang peliknya.

So kawan pak cik aku ni gi la check kot-kot lupa ke nak check out or nak sambung menginap lagi ke. Depa pegi-pegi pastu katok la pintu takde orang menyahut. Tapi bilik berkunci pastu kipas/aircond (tak pasti yang mana satu) still on.

Jadinya mereka bergegas mencari kunci pendua untuk membuka pintu tetapi tak ada orang. Bilik itu kosong tetapi macam berpenghuni sebab kipas/aircond terbuka.

hotel seram

Kunci bilik pulak ade terletak elok kat rak. So, dia pun dah cuak. Tak kan pelanggan lari kot. Apa lagi, terus check la kat senarai nama pelanggan untuk bilik itu. Tengok-tengok bilik tu memang kosong.

Takde data langsung pada pasal pelanggan tu. Tapi dia memang konfiden yang dia bagi pelanggan itu satu keluarga bilik tersebut. Lepastu terus check dengan orang cafe. Betul tak ada keluarga ini tempah bilik. Orang cafe kata memang ada tempahan.

Bagi mengakhiri cerita ini, hotel ini bersebelahan dengan penjara Taiping, Perak. Pekerja hotel itu selalu cerita yang kalau ada orang kena gantung, boleh dengar suara jeritan sehingga di hotel tersebut.

Pada tahun 2010 dahulu Casuarina Inn dicadangkan akan dijadikan sebagai tapak permulaan bagi kereta kabel yang menghubungkan Bukit Larut, Perak namun projek ini sunyi tanpa khabar berita dan perancangan itu tidak diteruskan lagi.

cadangan kereta cable tapi senyap sunyi

Mungkin kerana lokasi tersebut benar-benar keras dan ianya untuk kepentingan bakal pengunjung juga pada satu hari nanti.

Anda anda pengalaman singgah di hotel ini?

Sumber: Twitter, ORANG PERAK

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...