“Pinangan” Ditolak Pasukan Selangor, Datuk Aliff Syukri Intai Peluang Taja Kedah

Trending

“Pinangan” Ditolak Pasukan Selangor, Datuk Aliff Syukri Intai Peluang Taja Kedah

speaker-person5

Sebelum ini dikhabarkan bahawa usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman akan menaja pasukan Selangor.

Advertisement

Terkini, skrip telah berubah yang mana Pasukan bola sepak Kedah menjadi pilihan kedua Datuk Aliff Syukri Kamarzaman selepas ‘pinangan’ beliau untuk menaja pasukan Selangor gagal mencapai kata sepakat.

Pemilik syarikat kosmetik dan kecantikan D’Herbs itu kini dikatakan sedang mencari masa yang sesuai untuk mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Datuk Aliff dan Datuk Seri Mukhriz sedang mencari masa yang sesuai untuk adakan pertemuan. Usahawan itu berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat yang akan diletakkan pasukan Kedah,” demikian memetik sumber jutawan kosmetik itu.

Terdahulu naib juari Piala Malaysia itu dikatakan memohon penajaan daripada D’Herbs.

Sementara itu Aliff, sebagaimana memetik mStar berkata beliau terbuka dengan mana-mana pihak yang mahu mendapatkan tajaan bola sepak bagi musim ini.

 “Saya lebih suka untuk berbincang terlebih dahulu. Lebih baik berunding dan tahu apa yang kedua-dua pihak inginkan.

“Tak elok nak heboh awal-awal. Saya tak nak cetuskan kontroversi. Bila sampai masanya nanti saya sendiri akan umumkan kepada media,” katanya.

Sebelum ini Aliff juga dikatakan akan membuat rundingan penajaan bersama pasukan Pahang dan Terengganu. Namun masih tiada perkembangan lanjut setakat ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...