Namun pada 7 April lalu, Hamidah Tumin,51, sekeluarga diuji sekali lagi dengan musibah anak lelaki keduanya kini terlantar di hospital selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah van yang melanggar lampu isyarat.

Muhammad Shahreza Ramli, 19, dikatakan menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, selepas mengambil kakaknya, Intan Shahira Ramli, 25, yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kelana Jaya pulang pada pukul 11.00 malam.

Akibat kemalangan itu, menurut Hamidah, Muhammad Shahreza kini berada dalam keadaan separuh sedar kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Hamidah diberitahu doktor, anaknya berisiko hilang penglihatan selepas mengalami kecederaan pada bahagian tengkorak.

“Doktor memberitahu, anak saya berisiko tak boleh melihat selepas sedar sepenuhnya.”

“Hati saya hancur, apabila doktor menunjukkan bahagian-bahagian pada tengkoraknya yang patah seperti tulang soket tepi dan bahagaian bawah kedua-dua mata, pipi kiri dan rahang.”

“Selain itu, saya turut diberitahu tangan kirinya patah dan terpaksa dibedah,” katanya.