Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi sebelum ditayangkan di pawagam, nampaknya filem arahan Osman Ali, Pilot Cafe berjaya menarik perhatian penonton filem tempatan meskipun bersaing hebat dengan beberapa filem Hollywood yang sedang hangat seperti The Avengers: Age Of Ultron.
Baru sahaja ditayangkan selama 6 hari, Pilot Cafe telah berjaya meraih lebih daripada RM 1.1 juta kutipan dan sekaligu membuatkan filem ini mempunyai keunikan dan mencatat kejayaannya yang tersendiri.
Osman berharap kutipan Pilot Cafe akan terus bertambah dan mudah-mudahan ia dapat mencapai target RM 2 juta pula selepas ini.
Rata-rata penonton yang menonton filem tersebut juga memberikan komen positif dan menyifatkan ia mempunyai pengajaran yang bermakna agar mereka di luar sana tidak terjebak dengan gejala negatif.