April 21st, 2015

Belum lagi ditayangkan di pawagam, filem Pilot Cafe telah mendapat kritikan ramai yang mendakwa ia hanya akan mempengaruhi anak muda untuk melakukan perkara negatif.

Menjawab tuduhan tersebut, pengarahnya Osman Ali mengakui jalan cerita filem tersebut yang memaparkan kisah pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikan bukanlah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat terjebak dalam hubungan terlarang itu.

Di adaptasi daripada novel popular karya Ahadiat Akashah, ia memberitahu realiti kehidupan yang kini sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat serta nasib wanita-wanita yang teraniaya selepas dipergunakan kaum lelaki.

Bukan bertujuan mengalakkan gejala anak luar nikah atau perkara negatif lain. Sebaliknya, ia adalah paparan dalam realiti kehidupan yang berlaku kalangan masyarakat kita hari ini.Selain itu, mengenai nasib wanita yang banyak dipergunakan kaum lelaki untuk kepentingan diri mereka sendiri sehingga wanita itu menjadi mangsa penganiyaan dan hamil anak luar nikah.

Namun, dalam filem ini turut memaparkan natijah dan akibat apabila sesorang itu terjerumus dalam perbuatan tersebut. Misalnya watak Fahrin Ahmad sebagai seorang lelaki kasanova dan lari daripada bertangggungjawab. Akhirnya dia sedar dan rasa bersalah sebelum cuba menebus dosanya tertapi dia menerima hukum karma.

Bukan mudah untuk beliau menghasilkan filem Pilot Cafe kerana beliau tidak mahu lari jauh daripada jalan cerita daripada novel.

Sebagai pengarah, Osman telah cuba untuk memberikan gambaran yang terbaik agar penonton boleh memahami mesej yang ingin disampaikan. Terpulang pada pandangan seseorang itu untuk menilai karyanya.

Pilot Cafe mengisahkan kehidupan juruterbang Ameer Reza yang mempunyai sikap suka berfoya-foya dan kemudiannya insaf setelah dia kehilangan orang tersayang.

Ameer membuka sebuah cafe yang diberi nama Pilot Cafe. Takdir menemukannya dengan seorang gadis kampung, Maya dan segalanya bermula sehingga Ameer mula jatuh cinta pada Maya.

Masyarakat tidak mempersoalkan jalan cerita filem ini, cuma ada sesetengah daripada mereka tidak bersetuju dengan beberapa adengan intim yang ada dalam filem Pilot Cafe.


Comments are closed.

Loading...