Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pilihan Yang Tepat Pasti Membuatkan Anda Better – Undoubtedly

Tahun lepas, semasa mendapat jemputan untuk berucap di Asian Bloggers and Social Media Conference 2010, perasaan Abang Nara berdegup-degup kencang. Melihat senarai nama speakers memang membuatkan hati ini kecut. Lebih-lebih lagi bila keynote speaker event itu ialah Tun Dr. Mahathir sendiri.

proton persona

Advertisement

Secara jujur, Abang Nara ada sindrom tak boleh bercakap di hadapan orang ramai. Tangan menggeletar, peluh keluar sampai baju lencun dan paling menakutkan ialah bila “blank” di atas pentas. Seminggu sebelum event tersebut, Abang Nara praktis bagai nak rak. Berlatih dan berlatih lagi sambil menganggap inilah satu cabaran dalam hidup yang perlu Abang Nara tempuhi.

proton persona

Akhirnya, dengan izin dariNya, bukan sahaja Abang Nara berjaya memberikan satu speech yang baik, tapi terus hilang segala perasaan gelabah, gementar dan nervous. Mula-mula memang nervous, tapi as time goes by, self confidence Abang Nara makin bertambah dan semuanya berjalan dengan lancar. Ternyata ianya satu pilihan yang bijak untuk menerima undangan menjadi speaker di event ini kerana kini Abang Nara dah Berjaya “conquer” rasa takut bercakap di khalayak ramai.

proton persona

Advertisement

Kejayaan Abang Nara menjadi diri sendiri yang lebih baik sememangnya bertepatan sekali dengan kempen Proton Persona yang terbaru – Better, Undoubtedly. Setelah berjaya bercakap di hadapan ratusan pendengar, Abang Nara sememangnya a better person. Tidak syak lagi. Pengalaman Abang Nara memang 100% bersesuaian dengan tema kempen Proton Persona kali ini.

proton persona

Dan bukan Abang Nara sahaja yang telah berjaya menjadi manusia yang lebih baik selepas berjaya mengharungi cabaran dalam hidup. Aanantha, deejay radio THR Raaga yang merupakan salah seorang daripada 3 orang ambassador untuk kempen Proton Person – Better Undoubtedly juga mempunyai kisah hidup yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Sebagai seorang deejay radio, jutaan telinga mendengar dan mendapat impak daripada Aanatha, sama seperti Persona yang memberikan kelainan kepada jutaan pemandunya setiap hari.

Sila lihat video di atas dan hayati betapa pentingnya keyakinan diri untuk berjaya di dalam hidup. Daripada seseorang yang tiada apa-apa, Aanatha is now Better – Undoubtedly. Kini Aanatha sudah ada production house sendiri. Paling mengharukan Abang Nara ialah semangat tidak berputus asa Aanatha untuk mencapai cita-cita dan impiannya. Memang awesome!!!

Sama seperti Proton Persona yang telah memberikan kelainan di dalam pemanduan Aanatha, kini Aanatha akan menganjurkan “a one day confidence talent” untuk kanak-kanak yang ingin mencapai impian mereka di dalam arts dan muzik. Dalam bengkel ini ada acting class, dance class, costume making class dan macam-macam lagi lah. Di akhir bengkel ini nanti, Aanatha akan memilih 3 kanak-kanan untuk dijadikan protegenya dan akan dibawa berlakon bersama di dalam video klipnya nanti.

proton persona

Jutaan pemandu telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih Proton Persona – Better, Undoubtedly. Kini sudah tiba masanya untuk anda mengalaminya sendiri. Maklumat lanjut di laman web Proton Persona.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top