May 11th, 2011

Anda masih ingat dengan entri “Tragedi Di LRT Kelana Jaya Di Suatu Pagi Yang Hening” yang pernah Abang Nara keluarkan dulu? Tak ingat? Ish, ish, ish. Pelupa betul korang. Ala, entri yang ada gambar 4 maskot yang tersangat comel tue. Mungkin gambar di bawah boleh membuatkan daya ingatan korang kembali.

pilihanraya susu dutch lady

Seperti yang anda beritahu di ruangan komen, sememangnya 4 maskot di atas ialah mascot untuk susu Dutch Lady. Baru-baru ini masa Abang Nara tengah layan Sinar Pagi, terdengar iklan tentang pilihan raya susu Dutch Lady yang membabitkan 4 maskot di atas. Jangan main-main. Bukan negara kita je yang ada pilihan raya, susu pun boleh ada pilihan raya tau. Pilihan raya susu Dutch Lady ini diadakan untuk mencari perasa susu yang paling digemari oleh rakyat Malaysia sekaligus mengalakkan kita meminum lebih banyak susu setiap hari kerana khasiatnya yang tersangatlah banyak. Dengan bakal adanya perisa baru susu Dutch Lady ini, diharapkan kita dapat membina generasi Malaysia yang lebih mantap dan lebih gemar meminum susu

Calon-calon untuk pilihan raya susu Dutch Lady ini ialah (jeng jeng jeng)…..

pilihanraya susu dutch lady

Comel kan? Semuanya comel-comel belaka sampai membuatkan Abang Nara nak vote keempat-keempat maskot ini. Jangan risau kalau korang blur nak undi yang mana satu. Mungkin lepas tengok video di bawah, korang boleh mengundi salah satu calon di atas berdasarkan selebriti yang menyokong mereka.

Video Penamaan Calon Pilihan Raya Dutch Lady

1. Dutch Lady Red Bean – Kak Ziana Zain yang mantap meletops
2. Dutch Lady Sweet Corn – Faizal Tahir Superman
3. Dutch Lady Caramel Coffee – pemain kembar bola sepak kebangsaan, Aidil dan Zaquan
4, Dutch Lady Moo Melon – Amber Chia yang maintain gorgeous

pilihanraya susu dutch lady

Abang Nara ce citer sikit camner nak vote. Dah tak sabor nak vote Dutch Lady Red Bean sebab Kak ZZ pujaan saya sokong dia

Senang je nak votenya. Asalkan korang ada Facebook dah boleh vote dah.. Dan tak ada had umur. Cara-caranya ialah:-

1. Bukak dan Like Facebook Dutch Lady dulu (Dutch Lady akan bagi 20,000 kotak susu percuma kepada badan kebajikan kalau page Facebooknya dapat 200,000 LIKE).

pilihanraya susu dutch lady

2. Tekan “Vote Now” dan benarkan Facebook Dutch Lady install application kat Facebook korang. Nanti akan keluar skrin macam kat bawah tue. Sila gerakkan mouse korang ke mana-mana mascot supaya boleh dengar suara cute diorang pujuk untuk dapatkan vote. Comel sangat!!!

pilihanraya susu dutch lady

3. Tekan “Dutch Lady Milk Election Parties” untuk mengundi salah satu mascot kegemaran anda. Kalau susah nak buat pilihan, sila dengar lagu tema setiap mascot. Semua lagu diorang sangatlah catchy dan buat korang rasa nak joget sama. Serious best. Sila dengar. Setelah membuat keputusan, undi Abang Nara jatuh kepada…. (walaupun sepatutnya undi adalah rahsia)

pilihanraya susu dutch lady

4. Si “Oldie But A Goodie” Dutch Lady Red Bean yang menjadi pilihan Abang Nara. Sebabnya? Sebab lagu tema si Red Bean nie tersangatlah comel. Rasa kacang hey rasa kacang kacang hey ~~ Eh ternyanyi pulak kat sini. Jangan lupa isikan details korang semasa mengundi macam kat bawah nie ha.

pilihanraya susu dutch lady

5. Untuk makluman, undian secara online di Facebook Dutch Lady hanya boleh dibuat sekali sahaja. Tapi katakanlah tiba-tiba korang bertukar fikiran, jangan risau sebab vote tersebut boleh ditukar. Tempoh undian ialah dari 6 sampai 28 May 2011. So kalau nak tukar undi pun pastikan buat cepat-cepat sebelum terlambat.

pilihanraya susu dutch lady

6. Nampaknya Abang Nara akan berbaju merah untuk ke Dutch Lady Red Bean Party di One Utama New Wing pada 29 May ini. Masa inilah keputusan pilihan raya susu Dutch Lady akan diumumkan. Abang Nara dapat bayangkan betapa meriahnya hari tersebut. Kalau korang nak join event ini pun boleh. Syaratnya korang kena follow Facebook Dutch Lady untuk maklumat lanjut.

pilihanraya susu dutch lady

Kalau nak mengundi di pilihan raya susu Dutch Lady, semestinya kita nak tahu bagaimana kehebatan setiap calon kan? Jangan risau kalau anda masih tak boleh membuat pilihan nak undi maskot yang mana satu. Calon-calon pilihan raya susu Dutch Lady akan membuat kempen dari tempat ke tempat bermula daripada 13 sehingga 28 May. Jadi korang kena serbu tempat-tempat seperti yang tertera di dalam Facebook Dutch Lady untuk try dengan mulut korang sendiri keenakan calon-calon pilihan raya susu Dutch Lady ini. Lepas dah try rasa sampling setiap calon yang diberikan, barulah senang sikit untuk anda nak buat keputusan nak undi yang mana satu. Tak gitu?

pilihanraya susu dutch lady

Abang Nara dah mengundi di pilihan raya susu Dutch Lady, korang bila lagi? Undi sekarang di Facebook Dutch Lady Malaysia.


41 responses to “Pilihan Raya Susu Dutch Lady Kini Bermula!!!”

Loading...