Pilihan Raya Bakal Diadakan Jika Tiada Sokongan Majoriti Dalam Sidang Dewan Rakyat Pada 2 Mac Ini

Trending

Pilihan Raya Bakal Diadakan Jika Tiada Sokongan Majoriti Dalam Sidang Dewan Rakyat Pada 2 Mac Ini

Teka teki mengenai siapakah yang bakal menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri masih lagi belum terjawab. Perkembangan terkini situasi politik di Malaysia masih belum menemui jalan pengakhirannya sejak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun, beliau yang kini menyandang jawatan Perdana Menteri Interim mengakui tiada majoriti untuk membentuk kerajaan. Menurut beliau, sesi temu bual yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tersebut mendapati bahawa tiada calon pilihan majoriti yang mampu diangkat sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Advertisement

Baginda bertitah bahawa langkah seterusnya perlu dibawa dalam sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 2 Mac ini bagi menentukan siapa yang memperolehi sokongan majoriti untuk dijadikan Perdana Menteri.

Tetapi sekiranya pemilihan melalui dewan rakyat itu masih lagi tidak berhasil maka pemilihan terpaksa dijalankan melalui proses pilihan raya.

Semalam, Tun Dr Mahathir mengesyorkan penyelesaian kuat iaitu pembentukan kerajaan campuran yang tidak memihak mana-mana parti politik. Ianya disuarakan di dalam perutusan beliau secara langsung dari Putrajaya semalam. Beliau juga menyampaikan beliau bersedia menyandang semula jawatan itu jika masih mendapat sokongan.

Tambahnya lagi, jika yang mendapat majoriti tidak terikat dengan mana-mana parti, maka Parti boleh ditubuhkan dan semua parti politik boleh mempunyai wakil dalam kabinet.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...