Seorang wanita terkejut apabila diberitahu jumlah harga dua mangkuk yong tau foo yang dipesan di food court pusat membeli belah popular, Pavilion hampir mencecah RM100.
Menerusi Facebook, Azura berkata dia bukanlah sengaja mahu menularkan dan tidak berniat untuk memburukkan bisnes tersebut tetapi sekadar ingin berkongsi pengalamannya.
Kita dah biasa makan yong tau foo pasar malam semangkuk besar kadang RM30 je. Ni tiba-tiba beli 2 orang makan RM94.20.”
Katanya yang membahasakan diri sebagai Kak Jura, peniaga sememangnya perlu mengambil kos sewa, kos pekerja dan sebagainya.
Malah, dia sendiri akui tersilap kerana tidak melihat harga terlebih dahulu sebelum memilih yong tau foo itu tetapi meskipun ia mahal Kak Jura memuji kesedapan makanan tersebut.
Memang tak boleh salahkan seller sebab jelas dia letak tanda harga. Jadi pilihan kita. Hang rasa ok mampu maka amiklah.”
Sementara itu, ramai warganet memberikan pendapat masing-masing berkenaan isu harga makanan mahal di dalam pusat membeli belah.
Ada yang berpendapat harga tersebut mahal tetapi segelintir individu bersuara dengan mengatakan semua jenis makanan dijual di food court Pavilion memang mahal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.