Pilih Nama Maleeq Miqayl, Isteri Shukri Yahya Tayang Wajah Anak Kedua, -“Masa Nak Bersalin Saya Buat Gimik Sampai Doktor Takut!”

Hiburan

Pilih Nama Maleeq Miqayl, Isteri Shukri Yahya Tayang Wajah Anak Kedua, -“Masa Nak Bersalin Saya Buat Gimik Sampai Doktor Takut!”

Sudah hampir genap lapan hari pasangan Shukri Yahya dan Tya Adnan menimang cahaya mata kedua, akhirnya pasangan ini telah berkongsi wajah anak lelaki mereka yang diberi nama Maleeq Miqayl.

Perkongsian gambar itu telah dimuat naik oleh Tya Adnan sendiri dan turut berkongsi video tiga jam selepas anak keduanya itu lahir ke dunia di laman sosial instagram.

Advertisement

Tak cukup dengan itu, Tya turut memberitahu ada suatu kejadian telah berlaku ketika proses bersalin sehingga membuatkan doktor dan jururawat cuak dan panik.

“Hari insin 20 Julai 2020 pukul 2.18 petang. Masa nak bersalin tu saya ada buat gimik sikit dalam labour room tau. Sampai doktor and semua midwife cuak. Nakal kan saya? Gimik apa tu? Haaa…nanti suruh mummy cerita ok. ok bai. Maleeq sayang semua orang!”

Tidak pula diceritakan lebih lanjut apa gimik sebenarnya yang terjadi namun ketika meninjau ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis yang memuji kecomelan Maleeq yang kata mereka, banyak mengikut raut wajah ibunya.

View this post on Instagram

rumah siapa next?

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya) on

 Mengimbas kembali, Shukri Yahya dan Tya Adnan telah selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...