Pilih Nama Aysha Arsylia, Ummi Nazeera Namakan Anak Sempena Isteri Rasullulah

Hiburan

Pilih Nama Aysha Arsylia, Ummi Nazeera Namakan Anak Sempena Isteri Rasullulah

Genap seminggu kelahiran anak kedua, pelakon Ummi Nazeera telah mengumumkan nama puterinya itu sebagai Aysha Arsylia.

Menamakan cahaya matanya itu sempena nama isteri Rasullulah, Ummi Nazeera atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin,31, turut berkongsikan wajah anaknya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Advertisement

Ummi Nazeera
4 years ago

(TAHNIAH) Ummi Nazeera Selamat Timang Anak Kedua, Alami Demam Panas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

“Alhamdulillah dah hari ketujuh. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasullulah S.A.W. Arsylia pula bermaksud kehidupan yang tenteram, bahagia dan sempurna..”

Pelakon filem Bisik Pada Langit itu juga turut mendoakan agar anaknya itu dapat membesar menjadi puteri yang solesah, mendengar kata ibu bapa dan juga berbakti kepada agama dan negara.

Malah, Ummi turut berkongsikan sedikit pengalaman ketika mengandungkan Aysha pada suatu ketika dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

“Risau mummy masa empat minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding (pendarahan). Tapi Alhamdullilah, mummy diberi peluang melahirkan Aysha secara normal. Syukur Allah Maha Besar..” tulisnya.

Terdahulu, Ummi Nazeera telah mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor, Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 dan telah dikurniakan seorang puteri bernama Ayra Aneesah yang kini berusia tiga tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...