Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, menegaskan dirinya tidak pernah berniat untuk bermegah apabila berkongsi mengenai pencapaian akademik anak perempuannya, Engku Aleesya.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, perkongsian tersebut seharusnya dilihat dari sisi positif dan dijadikan inspirasi, bukan sebaliknya.
View this post on Instagram
Jelasnya ketika ditemui oleh Oh Bulan!,
Kadang-kadang hati manusia berbeza, jadi penerimaan pun lain-lain. Kalau dilihat dari sudut positif, ia boleh jadi semangat buat anak-anak. Tapi kalau orang yang hatinya ‘sakit’, itu hak mereka untuk berkata. Bagi saya, pilihlah untuk lihat perkara baik.
Erra mengakui dia sendiri berhati-hati dalam berkongsi tentang kejayaan Aleesya kerana bimbang dengan tanggapan orang ramai.
Saya tidak kongsi terlalu detail mengenai keputusan anak sebab risau ada yang salah anggap. Jadi saya buat secara umum saja, cukup sekadar ucap tahniah.