Akhirnya pentas Pilih Kasih 3 yang akan menyaksikan pertarungan hebat antara 16 peserta untuk bergelar juara akan bermula tidak lama lagi. Setiap hari Ahad, bermula 5 Februari pada jam 9 malam di TV2, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan dikeudarakan secara live.
Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.
Sementara itu Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak 24 episod. Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan untuk mengacarakan Kisah Pilih Kasih.
Sila baca entri ini sepenuhnya untuk mengenali dengan lebih mendalam 16 peserta program Pilih Kasih 3 yang kesemuanya mantap-mantap belaka:-
1. Yizee Ariff, 21 tahun, Pahang -untuk mengundi taip Pkundi Yizee 3/5/10 hantar ke 33199
2. Ai Iqmal, 18 tahun, Negeri Sembilan -untuk mengundi taip Pkundi Ai 3/5/10 hantar ke 33199
3. Fareth Agang, 21 tahun, Sabah -untuk mengundi taip Pkundi Fareth 3/5/10 hantar ke 33199
4. Nizen Ayob, 27 tahun, Johor – untuk mengundi taip Pkundi Nizen 3/5/10 hantar ke 33199
5. Heri Aszmo, 24 tahun, Sarawak – untuk mengundi taip Pkundi Heri 3/5/10 hantar ke 33199
6. Hakim Yazid, 26 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Hakim 3/5/10 hantar ke 33199
7. Airil Reffa, 26 tahun, Pulau Pinang- untuk mengundi taip Pkundi Airil 3/5/10 hantar ke 33199
8. Jalius Jaibin, 26 tahun, Sabah – untuk mengundi taip Pkundi Jalius 3/5/10 hantar ke 33199
9. Reen Rahim, 24 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Reen 3/5/10 hantar ke 33199
10. Miza Azura, 27 tahun, Kuala Lumpur – untuk mengundi taip Pkundi Miza 3/5/10 hantar ke 33199
11. Hiera Hasan, 26 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Hiera 3/5/10 hantar ke 33199
12. Theera Alias , 22 tahun, Kedah – untuk mengundi taip Pkundi Theera 3/5/10 hantar ke 33199
13. Aada Zara, 21 tahun, Kedah – untuk mengundi taip Pkundi Aada 3/5/10 hantar ke 33199
14. Sura Sojangi, 22 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Sura 3/5/10 hantar ke 33199
15. Naqia Nasution, 26 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Naqia 3/5/10 hantar ke 33199
16. Marina Jose, 23 tahun, Sarawak – untuk mengundi taip Pkundi Marina 3/5/10 hantar ke 33199
Mat Jambul
January 29, 2012 at 5:24 am
Awat aku tengok pompuan2 tu semua muka tua? Standard mak2 org je. Ke mata aku yang kero? Haha
Syafiq Ahadin
January 29, 2012 at 2:20 am
pehal Rosyam Nor tuding jaring kat aku? Ke dia nak aku masuk sana? haha!
Paridah Ampang
January 29, 2012 at 1:56 am
RTM sgt muka memasing..x de nilai2 x factor sgt…pose2 semua ala2 lapuk+URTV…Poster masih ditakuk lama and x creative…baju2 pon dr RTM sgt…Bagi pandangan Kak Ida,senang jer…alang2 dah musim terakhir,buatlah bersungguh-sungguh….x salah nak salutkan peserta dgn brg2an berjenama mewah and pilih background gambar yg international look sikit…ni mcm kat studio RTM jer…x menarik…peserta pulak harus diinternationalkan wajah mereka dgn solekan terbaru and pecat segala make2 up artis RTM yg very the old fashion tu…
Shasha Catering
January 28, 2012 at 11:36 pm
Wah! macam2 gaya mereka semua.
Good luck to all ;)
eyqasara
January 28, 2012 at 10:37 pm
fareth.. kawan satu skolah… penah belakon same2 ngan dia.. huhu~ (^^)
BatangHazrey
January 28, 2012 at 11:14 pm
So what?
kurik kundi
February 1, 2012 at 8:15 am
dan2 je la kwn ko…famous skit mula mngaku kwn..ko patut masuk jgk..gila glamer…hahahhaha