Pilih Jurusan Sains Matematik, Kanak-Kanak 12 Tahun Cipta Sejarah Jadi Pelajar Termuda Universiti Malaya!

Kehidupan

Pilih Jurusan Sains Matematik,  Kanak-Kanak 12 Tahun Cipta Sejarah  Jadi Pelajar Termuda Universiti Malaya!

Seorang kanak-kanak mencipta sejarah apabila mendaftar masuk ke Universiti Malaya pada usia 12 tahun dan menjadi pelajar termuda di institusi pengajian itu sejak ditubuhkan pada 1962.

Menerusi perkongsian di Fatimah Binti Kari di Facebook, kanak-kanak bernama Iz Emir itu telah mendaftar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik.

Advertisement

Universiti Malaya

Mengagumkan, ketika baru berusia enam tahun, Iz Emir pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk belajar subjek Tingkatan Satu.

Pada usia enam tahun, belajar subjek tingkatan satu UKM, menyambung pengajian O-Level pada usia lapan tahun dan pengajian A-Level pada usia 11 tahun.

pelajar termuda UM

Berita itu mendapat perhatian ramai yang berasa kagum dengan kepintaran dan pencapaian Iz Emir pada usia sebegitu.

Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah warga maya yang tidak bersetuju Iz Emir didaftar masuk ke universiti kerana terlalu awal bagi usianya.

Disebabkan itu, Fatimah telah mengehadkan hantaran yang dikongsi tersebut kepada beberapa pengguna sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelajar malaysia juara dunia pertandingan Adobe
2 months ago

Izzul Zafran, Pelajar Malaysia Dinobat Juara Dunia Pertandingan Adobe Certified Professional World Championship 2024

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...