Pilih ‘Hujan Emas’ Di Negeri Orang, Lana Nodin Akui Lebih Selesa Di Amerika Syarikat

Hiburan

Pilih ‘Hujan Emas’ Di Negeri Orang, Lana Nodin Akui Lebih Selesa Di Amerika Syarikat

Pelakon sensasi, Lana Nodin mengakui dirinya lebih selesa dan bebas berada di negera kelahiran suaminya, Amerika Syarikat (AS).

Lana Nodin
4 bulan lalu

"Ni Video Khas Untuk Yang Selalu Menghina Aku.." Lana Nodin Selamat Tiba Di Amerika Syarikat

Advertisement

Ujar Lana lagi, dia lebih menghargai keberadaannya di  AS berbanding negara tumpahnya darah, Malaysia.

Perkara tersebut dikongsi Lana menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Lana juga berkongsi aktiviti hariannya di sana di mana dia dilihat lebih bebas untuk membeli belah tanpa sebarang sekatan mahupun diskriminasi.

Advertisement

Orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi maaf ya, quote anda bagi ni, buat masa sekarang saya lebih memilih ‘hujan emas’ (Amerika Syarikat) sebab dah lama tak dapat membeli belah seperti ini.

Namun begitu, Lana menegaskan bahawa hantarannya itu bukanlah berniat untuk mencetuskan provokasi atau diskriminasi di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memberi sokongan dengan kenyataan Lana itu di mana mereka berpendapat bahawa situasi di Malaysia sangat berbeza dengan keadaan di luar negara.

Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia ini teruk dikecam apabila dia tampil mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri. Dr Noor Hisham sekitar bulan Ogos yang lalu.

Lana kemudian menegaskan bahawa dia bukanlah golongan anti vaksin seperti yang didakwa netizen dan tetap akan mengambil suntikan pelali itu di Amerika Syarikat, tidak lama lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

17 Comments

  1. Anonymous

    September 21, 2021 at 12:30 am

    Trying too hard

  2. pening lah

    September 20, 2021 at 5:47 pm

    dia masih x tahu apa kesalahan dia ehk, pasal kau suruh Tan Sri. Dr Noor Hisham step down padahal Dr Hisham bukan org politik, dia tu Dr, so dia sama2 dgn frontliners tungkus lumus, bukan x usaha untuk arah lebih baik, tapi Allah tetap tingkat bilangan positive, begitu juga negara jiran kita, mrk jg punya jg, pun tetap naik hingga 1k plus, perkara begini jg tuding jari tapi pk kenapa Allah masih x hapus2 kan covid ini di negara Asia, pasti ada sebab, kalau rasa senang dan selesa duduk sana, duduk lah tapi jgn satu hari jatuh sakit, x mampu nak bayar duit perubataan dan hospital, jilat balik kata2 dan merayu pd kerajaan dan rakyat Msia minta bantuan,

  3. Anonymous

    September 20, 2021 at 5:15 pm

    Ha ah yelah,dok la sne trus xyah blk mlaysia dah,at least muka ko yg semak tu xmsk dlm gosip di mlaysia sbb mnyampah tgk muka ko yg mcm bapok tu nokkk…

  4. cLn

    September 20, 2021 at 4:21 pm

    Suntikan pelali?? Hahahaha…author Lia ooii..suntikan pelali tu bius ler..apejadah nk amik bius? Utk buat idung bg lagi mancung ke? Suntikan vaksin ler..hahahahawauuu…

  5. Anonymous

    September 20, 2021 at 4:16 pm

    Jadahnye muslim smbut christmas. Muslim xboleh smbut festive agama lain.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...