Pilih Gadis Sabah Sebagai Isteri, Pelakon ‘The Flash’ Grant Gustin Bersanding Ikut Adat Kadazan Dusun

Trending

Pilih Gadis Sabah Sebagai Isteri, Pelakon ‘The Flash’ Grant Gustin Bersanding Ikut Adat Kadazan Dusun

Jika anda peminat setia siri tv The Flash pastinya anda mengenali hero kacak Hollywood, Grant Gustin yang telah berkahwin dengan sumandak Sabah, Andrea Thoma pada 15 Disember tahun lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Advertisement

Pasangan ini terus mendapat perhatian ramai apabila Andrea memuat naik beberapa moment indah, saat mereka melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Penampang, Sabah baru-baru ini.

Majlis tersebut berlangsung dengan meriah sekali mengikut adat Kadazan Dusun yang dikenali sebagai Miohon Pinisi. Andrea dan Grant kelihatan begitu cantik dan tampan dalam busana tradisi suku kaum itu.

Foto sekitar kemeriahan majlis perkahwinan Andrea dan Grant penuh adat Kadazan Dusun

Andrea mempunyai darah kacukan Sabah menerusi ibunya yang berasal dari Kampung Kolopos di Penampang.

Video dan ucapan penghargaan Andrea buat suaminya

Andrea mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang berbesar hati dan terbuka untuk menerokai budaya Kadazan Dusun menerusi upacara perkahwinan tradisional itu.

Rata-rata netizen merasa kagum dengan Andrea yang tidak melupakan asal usulnya dan terus mengekalkan adat dan budaya tradisional suku kaum Kadazan Dusun. Mereka turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan semoga berbahagia sehingga akhir hayat.

Kredit Foto : Instagram lathoma3 & Yusuf Ahmad Photography

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...