Pijak & Tendang Anak Perempuan Sampai Meninggal, Bekas Tentera Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

Kehidupan

Pijak & Tendang Anak Perempuan Sampai Meninggal, Bekas Tentera Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

Seorang bekas tentera dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh anak perempuannya, lima tahun lalu.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Abdullah Mohamed, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Advertisement

Hakim Datin Rohani Ismail memaklumkan mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar dan menimbang hujahan peguam bela tertuduh dan pihak pendakwaan.

Kamu diperintahkan digantung di leher sehingga mati pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

bekas tentera

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kematian Nur Aina Nabihah Mohammad Abdullah pada 31 Januari 2018 jam lebih kurang 11.30 malam.

Mangsa ketika itu berusia sembilan tahun dan kejadian berlaku di rumahnya di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson.

Terdapat 32 kecederaan luaran dan pelbagai kecederaan dalaman si mati, tertuduh telah bertindak kejam memijak serta menendang si mati hingga maut, perbuatan ini tanpa belas kasihan terhadap anak kandungnya sendiri.

Pendakwaan telah dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Peguam tertuduh sebelum ini membuat rayuan dengan alasan anak guamnya pernah berkhidmat di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 17 tahun satu bulan dan amat menyesal dan meminta maaf.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Bunuh Pemandu Grab, Dua Lelaki Warga Asing Dihukum Gantung Sampai Mati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...