Pihak Zoo Terpaksa Asingkan 5 Burung Kakak Tua Kerana Terlalu Suka Mencarut

Trending

Pihak Zoo Terpaksa Asingkan 5 Burung Kakak Tua Kerana Terlalu Suka Mencarut

Mendedahkan pihaknya terpaksa mengasingkan lima ekor burung kakak tua yang berada di Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskey di United Kingdom kerana suka mencarut, pihak pengurusannnya tampil memaklumkan perkara itu kepada umum.

Pihak Zoo Terpaksa Asingkan 5 Burung Kakak Tua Kerana Terlalu Suka Mencarut

Advertisement

Menurut pihaknya, burung kakak tua baka Afrika itu diterima pihaknya pada 15 Ogos lalu dan dikuarantinkan.

Ujarnya lagi, burung-burung berkenaan bukan sahaja suka mencarut sesama mereka, namun bertindak melakukan perkara yang sama kepada pengunjung taman berkenaan.

Tambahnya lagi, mereka giat menggunakan masa yang terluang untuk mengajar sesama sendiri bahasa-bahasa kesat sewaktu menjalani tempoh kuarantin.

Pihak Zoo Terpaksa Asingkan 5 Burung Kakak Tua Kerana Terlalu Suka Mencarut

“Mereka semakin galak mencarut sekiranya pengunjung tertawa dengan tingkah laku biadab itu. Ia umpama kita melihat sekumpulan ahli ‘kelab lelaki tua’ berkumpul. Walaupun kami rasa perbuatan itu menggembirakan pengunjung, pada masa sama kami bimbang kesan buruknya kepada pengunjung dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Pihak Zoo Terpaksa Asingkan 5 Burung Kakak Tua Kerana Terlalu Suka Mencarut

Dedahnya, populariti taman itu difahamkan mencanak naik selepas burung-burung itu dipamerkan kepada pengunjung selama 20 minit sehingga menghamburkan kata-kata kesat kepada mereka.

Pihak Zoo Terpaksa Asingkan 5 Burung Kakak Tua Kerana Terlalu Suka Mencarut

Sekadar informasi, kesemua burung itu kini telah diletakkan di dalam sangkar yang terpisah bagi mengelakkan mereka saling memaki hamun sesame sendiri dan insaf di kemudian hari.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...