Pelakon kanak-kanak yang membintangi drama ‘Jaga Aku Selamanya’, Puteri Rafasya ataupun mesra disapa sebagai Kenit sebelum ini dilaporkan hampir sebulan terlantar tidak boleh berjalan gara-gara gurauan kerusi ditarik ketika mahu duduk sewaktu berada di set penggambaran drama tersebut.
Akibat perbuatan melampau ahli keluarga salah seorang pelakon drama itu, Puteri difahamkan tidak mampu berdiri dan duduk gara-gara tulang punggulnya yang retak.
Ibu Puteri, Fatin Aliza juga meluahkan rasa terkilan kerana ‘pihak’ terbabit dilihat mengambil sikap endah tak endah berhubung kemalangan itu.
Jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tak boleh. Jadi bila keadaan dilihat semakin memburuk, saya rasa sangat tertekan dan kecewa. Kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit.
Namun, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ada menghubungi dirinya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku bagi membincangkan mengenai perkara itu.
Prank tarik kerusi. Sampai sekarang lumpuh! Lepas tu.. sampai skrg juga tak minta maaf. Kesian betul nasib Puteri Rafasya.
Ketika penggambaran drama tempatan “Jaga Aku Selamanva” di Selangor akhir bulan lalu, pelakon kanak-kanak, Puteri Rafasya rebah ke tanah apabila seorang… https://t.co/A4ZdwWjYMH pic.twitter.com/SnmAATgSqH
— Ari Carrington (@ari757) March 17, 2023
Perkembangan terkini, adik Puteri Rafasya sudah boleh berjalan sedikit demi sedikit setelah mendapatkan rawatan fisioterapi di hospital dan tidak perlu memakai lampin.
Terdahulu, Kenit yang sedang melakukan sesi latihan drama telah cedera parah akibat seorang kanak-kanak yang merupakan ahli keluarga pelakon lain menarik kerusi yang diduduki Puteri sebelum terjatuh menghempap kaki kerusi tripod yang berada berdekatan.