December 4th, 2019

Kontroversi perkahwinan kedua Dai’ Farhan bersama seorang janda anak lapan cukup hangat diperkatakan. Selepas timbul pelbagai spekulasi, hari ini pendakwah bebas itu membuat pengakuan mengejutkan apabila mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

isteri kedua da'i farhan

Tidak dinafikan, apa yang berlaku memberikan tanggapan negatif terhadap pendakwah yang lahir daripada program realiti. Mengapa Farhan begitu tergamak menceraikan isterinya yang sedang sarat hamil anak kedua mereka demi mengejar cinta baru? Macam-macam juga kecaman yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya.

Tidak tahan suaminya terus dikecam dan difitnah, isteri kedua Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin tampil membuka mulut mengenai isu hangat yang melanda rumah tangganya.

isteri kedua da'i farhan

Menurutnya, dia sebagai isteri kedua mengerti kedudukannya dan telah cuba sehabis baik untuk hidup berpoligami dalam keadaan aman, banyak berkorban serta mengalah. Namun, pihak satu lagi sering mencari kesalahan dan memburukkannya.

Terdahulu, Farhan mengesahkan dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai punca utama perceraian mereka dan pada masa yang sama menafikan  dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu.


103 responses to “Pihak Satu Lagi Sering Cari Kesalahan, Burukkan Orang – Isteri Kedua Da’i Farhan Luas Rasa Kesal”

  1. Anonymous says:

    perangai dah mmg buruk tp tuduh org burukkan ko..dunia..dunia….

  2. Anonymous says:

    Dia doctor ke? Lulusan doctor celah mana? klik sini http://www.ibhcenter.org/list-member/ program mcm ni iktiraf ke kelayakan jadi doctor? Tah organisasi mana dkt Indon nu. Dia ni founder produk kosmetik timbang kilo je, boleh tgk dkt FB: El Empyre.

    Doktor yg betul2 terpelajar bijak pandai lulusan drpd institusi yg KKM iktiraf takkan buat perangai dan keluarkan statement tak cerdik mcm ni ye. Sekian.

  3. Askar Semot says:

    sy sejenis x suka nk judge org, tp sy cukup sakit hati membaca posting dia yg ala2 wanita teraniaya..dia merasakan ex laki dia aib kan dia..sbg manusia biasa terkadang kita x mampu utk pendam jd cari kwn2 utk meluahkan rs. mmg selayaknya ko d layan buruk oleh org, sbb ko telah menganggu kehidupan wanita lain & menganiaya ank2 kecik. ko telah menyakiti hati org lain so ko piker ko mampu dpt layanan baik ke.ko x down to earth mcm memey suhaiza. tu sbb abby abadi pn blh lupa sakit nya jiwa dia dl. dah ambik hak org sedar lah diri sikit. even aq x kenal dua2 ni, tp cara post mereka sgt berbeza. ex Farhan begitu sopan & berhemah melontarkan kata smpi sy rs siapakah wanita hebat ini yg mampu meletakkan kesabaran d tmpt tertinggi mengatasi rs sakit yg d hadapi. dia mmg x layak Bersama dgn lelaki yg x reti nk hargai dia. ko amik la simpan Farhan tu…sy doa kn supaya fatin sentiasa d bwh rahmat & lindungan Allah SWT.

  4. nurse says:

    kah! doktor la sgt. jgn ingt oo aku doktor. aku tau la. sory. kau silap!! ptt kau mnghormati fatin tu nk bgtau sikap dia yg bkn bsifat nusyuz pd smua. dia terangkan. yg kau knp nk ckp pihak disebelah sana? mksud kau spe?fatin ke

Loading...