Kontroversi perkahwinan kedua Dai’ Farhan bersama seorang janda anak lapan cukup hangat diperkatakan. Selepas timbul pelbagai spekulasi, hari ini pendakwah bebas itu membuat pengakuan mengejutkan apabila mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.
Tidak dinafikan, apa yang berlaku memberikan tanggapan negatif terhadap pendakwah yang lahir daripada program realiti. Mengapa Farhan begitu tergamak menceraikan isterinya yang sedang sarat hamil anak kedua mereka demi mengejar cinta baru? Macam-macam juga kecaman yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya.
Tidak tahan suaminya terus dikecam dan difitnah, isteri kedua Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin tampil membuka mulut mengenai isu hangat yang melanda rumah tangganya.
Menurutnya, dia sebagai isteri kedua mengerti kedudukannya dan telah cuba sehabis baik untuk hidup berpoligami dalam keadaan aman, banyak berkorban serta mengalah. Namun, pihak satu lagi sering mencari kesalahan dan memburukkannya.
Terdahulu, Farhan mengesahkan dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai punca utama perceraian mereka dan pada masa yang sama menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu.

Zizo
December 8, 2019 at 7:26 pm
Terbaca dekat artikel tentang el empyre beberapa tahun lps (Sumber Google) dia ni ada ijazah pengurusan perniagaan.. So, bila masa jadi doktor pulak ?
Layyin
December 7, 2019 at 10:46 pm
Patut cara cakap bukan seorang dr.. Seorg dr cara ckpnya professional. Sbb profession ni melatih kami berckp scara professional. Baru nk ckp dia ni memalukn kaum je.. Tp rupa-rupa DOKTOR PALSU.. Dr sesat xde MMC registration pun
Anonymous
December 6, 2019 at 10:07 pm
Nama dia x de dalam senarai mmc.