Penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa syukur apabila pihaknya memperoleh kemenangan bagi kes injuksi interim melibatkan pendakwah selebriti Ebit Irawan Ibrahim Lew ata lebih dikenali sebagai Ebit Lew.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah berkongsi berita ini menerusi satu hantaran di Instagramnya.
Dia turut memaklumkan pihak terlibat turut mendapat perintah untuk membayar sejumlah wang kepadanya dan pihaknya kini telah mendapat kebenaran untuk bersuara mengenai isu berkaitan Ebit Lew.
Hari ini kita menang di Mahkamah Tinggi untuk lawan injuksi interim kes Ebit Lew.
Pihak sana kena bayar kepada kami sejumlah wang dan kami sekali lagi dibenarkan untuk berkongsi mana-mana berita mengenai Ebit Lew.
Dalam pada itu, penyanyi rap itu juga menjelaskan dia terpaksa berdiam diri sebelum ini kerana terikat dengan injuksi interim yang dikenakan oleh pihak lawan.
Ramai tanya kenapa Cap tiba-tiba lama senyap? Sebab pihak sana pasang injuksi interim agar saya tak dapat petik nama dia atau cover berita mengenainya.
Tapi harini kita menang. Syukur Alhamdulillah.
View this post on Instagram
Terdahulu, Caprice telah diperintah untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik pendakwah terbabit. Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober lalu.
Dalam perintah tersebut, Caprice turut diarahkan memadamkan rakaman video bersama pempengaruh media sosial Mondy Tattoo yang telah dimuat naik di laman media sosialnya.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.