“Pihak Produksi Sepatutnya Bertanggungjawab” Shahrol Shiro Pertahankan Rakan Artis Isu Babak ‘Panas’

Hiburan

“Pihak Produksi Sepatutnya Bertanggungjawab” Shahrol Shiro Pertahankan Rakan Artis Isu Babak ‘Panas’

Isu ketelanjuran pelakon, Fauzi Nawawi bercakap tentang lakonan aksi rogol dalam sebuah program televisyen turut menarik perhatian pelawak, Shahrol Shiro untuk memberi pandangannya juga.

khir rahman
3 years ago

Kontroversi Babak 'Panas', Khir Rahman Mohon Maaf Dengan Raja Farah Dan Suami

Advertisement

Tampil memberi pandangannya mengenai isu hangat itu, Shahrul atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie berkata pihak produksi yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menerbitkan sesesuatu program.

Artis hanya menjawab soalan yang diberikan.. ia tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya live, pihak produksi juga berkuasa untuk censored bahagian tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Mengimbau kembali kejadian semasa tahun 2012, Shahrol berkata dia bersama kumpulannya Shiro pernah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana terlanjur menyebut perkataan ‘rogol’ semasa bertanding dalam rancangan komedi Maharaja Lawak Mega (MLM).

Sepatutnya sejarah tersebut dapat menjadi pengajaran kepada pihak produksi. Pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung segalanya.

Shahrol Shiro pendapat tentang isu lawak rogol

Sedia maklum, sebelum ini tular klip video Fauzi Nawawi berkongsikan wataknya dalam sebuah filem yang memerlukan beliau untuk melakukan adegan merogol aktres, Raja Farah dan dalam rakaman tersebut, dia mengakui terpaksa mengawal nafsu ketika melihat pelakon wanita itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...