Isu ketelanjuran pelakon, Fauzi Nawawi bercakap tentang lakonan aksi rogol dalam sebuah program televisyen turut menarik perhatian pelawak, Shahrol Shiro untuk memberi pandangannya juga.
Tampil memberi pandangannya mengenai isu hangat itu, Shahrul atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie berkata pihak produksi yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menerbitkan sesesuatu program.
Artis hanya menjawab soalan yang diberikan.. ia tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya live, pihak produksi juga berkuasa untuk censored bahagian tersebut.
View this post on Instagram
Mengimbau kembali kejadian semasa tahun 2012, Shahrol berkata dia bersama kumpulannya Shiro pernah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana terlanjur menyebut perkataan ‘rogol’ semasa bertanding dalam rancangan komedi Maharaja Lawak Mega (MLM).
Sepatutnya sejarah tersebut dapat menjadi pengajaran kepada pihak produksi. Pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung segalanya.
Sedia maklum, sebelum ini tular klip video Fauzi Nawawi berkongsikan wataknya dalam sebuah filem yang memerlukan beliau untuk melakukan adegan merogol aktres, Raja Farah dan dalam rakaman tersebut, dia mengakui terpaksa mengawal nafsu ketika melihat pelakon wanita itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.