Pihak Produksi Minta Saya Berbaik Dengan Aliff Aziz- Afifah Nasir

Hiburan

Pihak Produksi Minta Saya Berbaik Dengan Aliff Aziz- Afifah Nasir

Kontroversi Aliff Aziz, 26, dan Afifah Nasir, 24, diserbu oleh isteri Aliff, Bella Astillah, 23, yang sedang berpantang setelah melahirkan anak pertama mereka menjadi tajuk akhbar dan laman web minggu lepas.
aliffifah
Penulis difahamkan berlaku pergelutan suami-isteri dalam pertemuan itu yang menyebabkan Bella cedera di wajah dan lutut.Bella seterusnya membuat laporan polis, menyebabkan Aliff ditangkap polis.


Advertisement

Setelah menghabiskan masa dalam lokap selama dua hari, Aliff dibebaskan dan membuat satu sidang media mengakui kesalahannya mendakwa Bella memaafkannya. Dia meminta Afifah muncul kerana tidak hadir ke set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu di mana mereka berdua menjadi pelakon utama.

Isu itu menjadi semakin sejuk selepas itu namun hari ini Afifah telah mengadakan satu sidang media untuk memberikan kenyataannya tentang kejadian itu.

Dalam kenyataan itu, Afifah masih mempertahankan bahawa dia ke karaoke bersama Aliff Aziz kerana ingin berbaik-baik dengan pelakon itu kerana Aliff mempunyai masalah disiplin di lokasi.

Di sini Fifa nak maklumkan tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu ini sebelum ini. Fifa dinasihatkan mendiamkan diri untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Jadi Fifa tetap mendiamkan diri walaupun orang melemparkan tuduhan dan cacian. Bagi Fifa, Fifa tahu apa yang Fifa buat jadi tak guna melenting.

Fifa tak membuat kenyatan menggunakan sesiapa kerana orang luar tak tahu keadaan sebenar, dan Fifa tak nak mengaitkan sesiapa. Fifa tak nak mengeruhkan keadaan.

Lepas dengar kenyataan pihak sana, senang kata, saya tak nak bergaduh. Dia kata dah keluarkan segala kenyataan, tapi orang ramai hanya tahu satu cerita iaitu dari pihak sana.

Saya nak ceritakan keadaan sebenar supaya orang tahu situasi sebenar. Saya tak nak salahkan sesiapa, dan saya dah minta maaf kesalahan saya.

Saya telah melantik seorang peguam kerana saya tidak takut kenyataan pihak sana. Unsur fitnah dari pihak sana memang wujud, bagaimanapun, saya tidak akan menyaman pihak sana untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Nama saya dah busuk, semua orang dah maki hamun saya, dan sebagai manusia, sedikit sebanyak saya rasa terkesan tetapi saya cuba bertahan.

Screen_Shot_2017-08-07_at_2.56.54_PM
Afifah juga tidak mempunyai masalah dengan sesiapa di set penggambaran.

Bagi saya baik jangan bermasam muka, berkelakuan normal sahaja.

Alana Amir selaku rakan sekerja Afifah juga menafikan pelakon itu menggatal dengan Aliff Aziz:

Istilah gatal tak ada, semua orang di set itu peramah.

Ditanya mengenai kenyataan Aliff yang turut mempersalahkan dirinya, Afifah berkata dia tak kisah.

Dia tak nak pertahankan saya, saya tak kisah. Dia masih rakan sekerja dan macam mana pun saya masih kena bersemuka dengan dia.

Afifah hadir ke sidang media itu yang dibuat di pejabat peguamnya di Ruben & Co Advocates & Solicitors bersama teman lelakinya dan pelakon Izinkan Aku Mencintaimu, Allana Amir yang dikenali sejak berlakon drama terbabit.

Bagaimanapun, rakaman perbualan krew produksi untuk mempergunakan Afifah bagi mengatasi masalah disiplin Aliff tidak dapat dihebahkan atas permintaan Afifah yang telah menyatakan dia tidak ingin mengeruhkan keadaan.

Sumber: Harian Metro Live

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...