Pihak Polis Berjaya Tahan Lelaki Amuk Bawa Dua Bilah Sabit

Trending

Pihak Polis Berjaya Tahan Lelaki Amuk Bawa Dua Bilah Sabit

Menurut sumber daripada akhbar KOSMO, pihak polis telah menahan seorang lelaki yang melarikan diri ke dalam kawasan hutan simpan rekreasi selepas mengamuk dan menggangu pengguna lalu lintas dengan mengacukan dua bilah sabit di Jalan Bukit Gambir, Georgetown semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian semalam, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas Balai Polis Sungai Nibong menerima laporan mengenai yang dikatakan ‘buat kacau’ dengan menggunakan senjata tajam pada pukul 11 malam.

Advertisement

3 years ago

Mengamuk Sebelum Membakar Rumah, Penagih Dadah Ditahan Polis

ACP Soffian Santong berkata sebaik sahaja pihak polis dibantu pasukan bomba daripada Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak tiba di lokasi kejadian, lelaki tersebut sedang membuat kecoh dengan memegang dua bilah sabit.

“Semasa hendak ditangkap, suspek melarikan diri ke dalam hutan simpan rekreasi Universiti Sains Malaysia (USM) berhampiran,” kata ACP Soffian Santong

Pasukan polis dan bomba telah melakukan operasi mengesan lelaki itu namun ia terpaksa dihentikan kira-kira pukul 2 pagi kerana keadaan gelap dan berisiko kepada pasukan keselamatan.

Operasi pencarian lelaki itu diteruskan pada pukul 10 pagi semalam, pihak polis dan bomba telah memasuki hutan simpan rekreasi USM tersebut menggunakan pacuan empat roda. Suspek berjaya dikesan di kawasan kabin tanaman milik USM kira-kira 10 minit kemudian.

Suspek yang enggan menyerah diri telah bertindak agresif dan melarikan diri ke arah jalan utama iaitu Jalan Bukit Gambir serta bertindak menakutkan pengguna jalan raya dan penduduk di kawasan perumahan di situ.

Setelah usaha berterusan, polis dengan bantuan pasukan bomba akhirnya berjaya menahan lelaki itu pada pukul 11.40 pagi di kawasan Jalan Bukit Gambir dan pihak polis turut merampas dua bilah sabit yang digunakan suspek.

Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki berusia 53 tahun itu mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah serta dadah dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin.

Lelaki amuk bawa dua bilah sabit ditahan polis

Gambar kejadian – Sumber KOSMO

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca serta motif lelaki tersebut berbuat demikian. Lelaki tersebut juga akan dirujuk ke hospital bagi menjalani rawatan dan penilaian tahap kesihatan mentalnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut itu lagi, lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat menurut Seksyen 6(1) Akta Senjata Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...