Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pihak Pengurusan Hot FM Tamatkan Kontrak Shuk Hari Ini

Setelah digantung tugas, pelawak dan penyampai radio Hot FM Mohamad Shukri Mohamed Sahar atau lebih dikenali dengan panggilan Shuk berakhir dengan penamatan kontrak berkuat kuasa serta merta.

Penamatan kontrak ini disahkan oleh Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim selepas melihat hasil siasatan dalaman di mana kontroversi yang dihadapi Shuk telah melanggar kontrak perkhidmatan yang dipersetujui.

Advertisement

Siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM. Shuk juga sudah dimaklumkan mengenai hal ini.

Khidmat Shuk sebelum ini digantung buat sementara untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci terhadap isu kontroversi membabitkannya yang tular di media sosial. – Katanya kepada Harian Metro.

Dengan pengguguran Shuk, pihak pengurusan juga memaklumkan telah merancang untuk membuat perubahan iaitu dengan gandingkan Fizie bersama penyampai baharu Hot FM, Mark Adam.

Diharapkan semoga Shuk mengambil pengajaran ini untuk jadi lebih baik. Buat Mark Adam, semoga dipermudahkan urusan hiburkan kami di radio pula.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. ummah

    February 19, 2021 at 9:52 am

    betul sekarang diri sendiri yg ssh. dgnn laki xde keje..xde job xde event. harap masa gaji penyampai radio tu ada la simpnan

  2. Anonymous

    February 18, 2021 at 4:10 pm

    Pengajaran pada shuk. Dah tahu public figure, jaga la perangai tu. Anggap la ujian untuk kau Shuk. Lain kali jgn terlalu mendongak ke atas, 1 masa akan jatuh jugak.

  3. Zioe

    February 18, 2021 at 3:54 pm

    Jadi…Betulah.. kalau sakitkan hati isteri maka rezeki suami akan terputus.. sedih kan…ramai y akan kata..isteri dia up status serang umah org cari laki dia sape suruh…kan..tp..kalau berbalik pada asalnya..isteri ni mmg lah kena dijaga elok2..dididik elok2 …jaga perasaan dia…sbb bila isteri sedih dah xtahan mmg kdg2 tindakan isteri itu akan memusnahkan semuanya…hati2lah para suami jgn amik mudah…si isteri…kena lebih sabar…ada cara utk meluahkan,atau melepaskan perasaan…kena fikir dalam2…dan rujukalah pada y arif…agar x menyusahkan sesiapa nt termasuk diri sndiri…

Leave a Reply to ummah Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top