Biarpun nama mereka teruk dikutuk oleh Fathia Latiff, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim hingga ke hari ini pilih untuk mendiamkan diri serta tidak beri sebarang kenyataan.
Pihak pengurusan bersuara
Pasangan tersebut enggan ditemubual oleh pihak media berkenaan dengan isu ini tetapi pihak pengurusan mengakui kedua-duanya berada dalam keadaan baik dan membuat kerja-kerja industri seperti biasa tanpa sebarang masalah.
View this post on Instagram
Perkembangan terkini Zahirah dan Aiman
Dalam perkembangan terkini Aiman, dia baru saja selesai jalani penggambaran filem Harimau Malaya The Untold Journey dan seterusnya akan menjalani penggambaran drama terbaru dalam masa terdekat.
Manakala Zahirah pula, dirinya terpaksa tolak beberapa tawaran susulan mahu fokus dengan kandungan bayi keduanya, namun tetap memberi komitmen penuh terhadap jenama, kempen atau acara yang diundang.
Sebelum ini, Fathia Latiff secara tiba-tiba ‘naik hantu’ apabila ada netizen membandingkannya dengan Zahirah MacWilson dalam ‘live’ hingga menyamakan wajah isteri Aiman itu dengan bibik.