Susulan kedatangan Psy ke Malaysia dengan bayaran yang dikatakan mencecah RM2 juta, Datuk Siti Nurhaliza meluahkan isi hatinya terhadap kehadiran artis luar. Bagi Siti, pihak penaja seharusnya memberikan peluang yang sama rata terhadap artis tempatan.
Kalau tak silap Abang Nara, bayaran untuk persembahan daripada Datuk Siti Nurhaliza adalah yang paling mahal sekali untuk artis tempatan. Namun tidaklah sampai ke tahap apa yang diterima oleh Psy. Berkata kepada Astro Awani, Siti menafikan yang pendapatnya berbaur politik sebaliknya hanya menyuarakan isi hati sebagai artis tempatan. Kata Siti:-
Ia lebih kepada suara saya sebagai artis Malaysia, lebih-lebih lagi ia melibatkan maruah artis-artis lain juga. Kami terfikir sendiri apakah akan lebih bagus sekiranya peluang itu diberikan kepada artis tempatan. Saya bukannya menolak kedatangan artis dari luar negara. Malah saya sendiri gunakan sebahagian daripada lagunya dalam persembahan saya sendiri. Namun, luahan saya lebih terjurus kepada pihak-pihak penajaan yang sepatutnya memberikan peluang yang sama kepada artis tempatan, kalau tidak pun separuh daripada apa yang artis antarabangsa perolehi.
Ada benarnya kata Datuk Siti Nurhaliza tue kan? Selama ini pun Abang Nara baca memang susah betul artis tempatan nak dapat tajaan kalau nak but konsert. Sampai kena merayu-rayulah. Semoga selepas ini artis tempatan akan diberi peluang yang sama rata. Lagi 7 keping gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar MediaSemasa.
P.S: Klik sini untuk mengetahui rahsia kecantikan Yatt Hamzah.