Pihak Kastam Filipina Hancurkan 21 Kereta Mewah Yang Diimport Secara Tidak Sah

Automotif

Pihak Kastam Filipina Hancurkan 21 Kereta Mewah Yang Diimport Secara Tidak Sah

Para penggemar kereta mewah pasti akan terkejut apabila melihat sebanyak 21 buah kenderaan mewah telah dimusnahkan oleh pihak kastam di Filipina.

Menerusi perkongsian Biro Kastam Filipina (BOC) di Facebook, kereta mewah yang dimusnahkan di hadapan pihak berkuasa itu merupakan kenderaan yang diseludup dengan nilai P58.55 juta (RM 4.9 Juta).

Advertisement

Sumber : Facebook

Tujuh kenderaan daripada beberapa buah lokasi dikumpulkan di Kawasan Pelabuhan, Manila untuk dimusnahkan dan salah satu kenderaan mewah tersebut ialah McLaren 620R baru dan Hyundai Genesis terpakai dari Pelabuhan Kontena Antarabangsa Manila.

Terdapat juga beberapa buah kenderaan terpakai seperti Bentley 2007, Porsche 911 C2S, Mercedez-Benz, Lotus Elise dan Toyota Solara. Manakala, 14 buah kereta Mitsubishi Jeep terpakai juga dirampas untuk dimusnahkan serentak.

Sumber : Facebook

Kesemua kenderaan tersebut dibawa masuk ke Filipina oleh pemilik yang berlainan dan disita dalam operasi yang berlainan dari tahun 2018 hingga 2020.

Tindakan memusnahkan kenderaan tersebut dilakukan berdasarkan Peraturan Presiden 2017-447 yang mana keperluan dalam memusnahkan kenderaan seludup sekaligus memaklumkan bahawa pemerintah mengambil serius dalam menentang penyeludupan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...