Penyanyi popular Siti Nordiana baru-baru ini telah tular apabila lagu yang sepatutnya dinyanyikannya telah digugurkan semasa acara Sambutan Tahun Melawat Melaka (TMM2024). Pihak penganjur pula terkini telah tampil mohon maaf.
Penganjur minta maaf
Melalui laporan sidang media yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, mereka memaklumkan bahawa lagu bertajuk Bakawali yang dipatutnya dipersembahkan oleh Siti Nordiana terpaksa digugurkan kerana timbul isu running order semasa acara.
Buat Siti Nordiana dan Team serta para peminat Nana, saya selaku Pengarah Persembahan dan pihak produksi TMM, memohon maaf diatas kesilapan dan kecuaian dari team produksi.
View this post on Instagram
Permohonan maaf berhubung paparan LED
Pada masa yang sama, pihak pengajur turut mengambil peluang tersebut untuk memohon maaf kepada penyanyi berkenaan di atas kecuaian kedua berhubung dengan paparan LED yang gagal memaparkan Siti Nordiana di skrin tersebut.
Menurut mereka, itu diakibatkan pengarah syarikat yang dilantik turut terlepas pandang untuk memasukkan wajah Siti Nordiana dalam skrin tersebut semasa acara TMM berlangsung.