Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat memutuskan kes penceraian penyanyi, Zehra Zambri dan suaminya iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin ditangguhkan ke 7 Mei depan.
Menurut OhBulan!, peguam yang mewakili Zehra iaitu Abd Muiz Samsuri berkata, tarikh tersebut akan diteruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan meminta kedua-dua pihak untuk melantik wakil masing-masing.
Difahamkan, Zehra bakal melantik bapanya iaitu Zambri Ahmad sebagai wakil JKP.
Pihak Iqwan tak bersetuju lepaskan Zehra secara baik, justeru mahkamah menetapkan tarikh lain untuk kedua-dua mereka melantik wakil untuk proses JKP.
Pihak Zehra harap Iqwan dapat membuka hatinya untuk melepaskan Zehra secara baik. Pihak Zehra akan melantik bapanya sebagai wakil JKP.
Sementara itu, Muiz berkata pihaknya tidak boleh memperincikan mengenai lima tuntutan yang dibuat anak guamnya untuk menuntut perceraian terhadap Iqwan.
Apa sahaja alasan dalam tuntutan mahkamah itu yang berlaku antara mereka. Tetapi lebih terperinci biarlah mahkamah sahaja yang tahu.
Sementara itu, Iqwan berkata, dia masih belum membuat keputusan untuk melantik wakil JKP dan memaklumkan masih belum melantik peguam.
Sebelum ini, Iqwan telah berkongsi lima tuntutan permohonan penceraian yang difailkan oleh Zehra dan antara tuntutan tersebut adalah tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, pengabaian serta institusi perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan.