Pihak Berkuasa Robohkan ‘Mini Santorini’ Di Cameron Highlands, Rupanya Dibina Secara Haram

Travel

Pihak Berkuasa Robohkan ‘Mini Santorini’ Di Cameron Highlands, Rupanya Dibina Secara Haram

Kira-kira sebulan yang lalu, satu lokasi tarikan pelancong di Cameron Highlands, dinamakan Mini Santorini telah dibuka kepada orang ramai untuk datang berkunjung.

Bertemakan biru dan putih, ia menjadi pilihan ramai pengunjung untuk datang mengambil gambar dan mempromosikan tempat itu di media sosial.

Advertisement

 

Dibina secara haram

Bagaimanapun, hanya selepas sebulan ia dibuka Mini Santorini telah dirobohkan kerana pembinaannya didakwa dilakukan secara haram.

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bersama beberapa agensi pihak berkuasa yang lain dalam satu operasi dilakukan semalam telah menggempurkan lokasi terbabit.

mini santorini dirobohkan

mini santorini dirobohkan

Operasi berkenaan diketuai oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Azmil Hadid bin Maznan dan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

Tindakan penguatkuasaan ini diambil berdasarkan Seksyen 70(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang menyatakan kesalahan pembinaan tanpa kelulusan.

Menerusi hantaran di Facebook MDCH, penguat kuasa yang terlibat dalam operasi itu dilihat merobohkan struktur dinding dan binaan Mini Santorini termasuklah kaunter yang diletakkan di bahagian hadapan.

MDCH turut menggunakan jengkaut dalam aksi perobohan berskala besar ini dan berharap ia dijadikan pengajaran serta iktibar buat orang ramai agar tidak melakukan pembinaan secara haram.

mini santorini dirobohkan

mini santorini dirobohkan

cameron santorini
5 months ago

Tak Perlu Dah Bayar Tiket 'Flight' Mahal-Mahal, Cameron Highland Tampil Dengan Spot Baru Seperti Di Santorini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...