Pihak Berkuasa Mula Buat ‘Spot Check’ Beg Rider Foodpanda Dan Grabfood, Selepas Tular Video Jual Rokok Seludup

Trending

Pihak Berkuasa Mula Buat ‘Spot Check’ Beg Rider Foodpanda Dan Grabfood, Selepas Tular Video Jual Rokok Seludup

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita ini, banyak sektor terpaksa menghentikan aktiviti mereka buat sementara waktu. Tetapi terdapat beberapa perkhidmatan yang dibenarkan oleh kerajaan untuk meneruskan aktiviti mereka seperti biasa bagi memudahkan beberapa urusan penting negara.

Sebelum ini, kita mendengar berita-berita yang baik sahaja mengenai ‘mereka’ yang masih berkhidmat untuk negara walaupun kita kini sedang menghadapi masalah virus COVID-19.

Advertisement

Baca: Sama-Sama Berjuang Ketika COVID-19, ‘Rider’ Foodpanda Kongsi Rezeki Edar Makanan Buat Polis Dan Askar Ditepi Jalan

Tetapi, baru-baru ini tular di media sosial mengenai beberapa individu daripada syarikat penghantaran makanan terkenal bertindak secara tidak bertanggungjawab menggunakan pelepasan tersebut dengan menyimpan rokok seludup dan air ketum di dalam kotak penghantaran mereka.

Video yang berdurasi 12 saat itu, sudah pastinya mendapat perhatian pihak berkuasa. Pihak polis kini sedang mencari individu tersebut.

 


Difahamkan kini pihak berkuasa sudah mula membuat pemeriksaan kotak simpan makanan mana-mana rider foodpanda dan grabfood berikutan kes tersebut.

Rata-rata netizen telah mengecam tindakan rider yang terlibat dengan perkara itu. Disebabkan oleh tindakan tidak bertanggungjawab mereka, habis semua rider lain yang mencari rezeki yang halal terpaksa menanggung akibatnya.

Tindakan itu telah menjejaskan kerja penghantar makanan lain kerana difahamkan, mereka akan terlewat untuk menghantar makanan kepada customer berikutan pemeriksaan yang dijalankan.

 

Kerana nilai setitik, habis rosak susu sebelanga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...