Pihak Berkuasa Menahan 269 PATI Rohingya Ketika Cubaan Menceroboh Perairan Negara

Trending

Pihak Berkuasa Menahan 269 PATI Rohingya Ketika Cubaan Menceroboh Perairan Negara

Sindiket pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dilaporkan sengaja membocorkan dan merosakkan enjin bot mereka dengan teruk sehingga tidak dapat dibaiki agar dapat mendarat di perairan negara.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyatakan, Pasukan Polis Marin dan Kapal Maritim (KM) Kimanis dalam satu operasi, teah berjaya mengesan lokasi dan memintas bot PATI tersebut sebelum mengusirnya semula ke perairan antarabangsa.

Advertisement

Ketika KM Kimanis menghampiri bot itu, 53 PATI telah terjun ke laut dan berenang menuju ke pantai, namun kesemua mereka berjaya ditahan APMM yang telah bersiap sedia di kawasan daratan.

“Ketika pemeriksaan ke atas bot dijalankan didapati seramai 216 orang dan satu mayat wanita dijumpai di dalam bot itu.”

Pemeriksaan lanjut juga telah menjumpai kesan bocor pada bot yang disengajakan dan enjin bot tersebut didapati mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat dibaiki.


KM Kimanis turut memberikan bantuan makanan dan air bersih yang secukupnya kepada PATI tersebut. Dikatakan atas dasar kemanusiaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan bot berkenaan untuk ditunda ke Jeti Teluk Ewa, Langkawi.

Kesemua 269 PATI itu kini ditahan dan diletakkan sementara di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi. Manakala mayat yang dijumpai telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...