Pihak Berkuasa India Mencari Warga Asing Sertai Perhimpunan Tabligh Termasuk Rakyat Malaysia Yang Ke Sana

COVID-19

Pihak Berkuasa India Mencari Warga Asing Sertai Perhimpunan Tabligh Termasuk Rakyat Malaysia Yang Ke Sana

Perhimpunan di markas Tabligh-e-Jamaat di Nizamuddin Barat, India yang berlaku sebelum ini dipercayai merupakan kluster jangkitan COVID-19 di negara ini. Perhimpunan besar-besaran yang dihadiri oleh masyarakat Islam itu turut dihadiri oleh warga asing yang datang ke India termasuklah rakyat Malaysia.

Kerajaan India telah pun menutup ibu pejabat markas tabligh tersebut yang dipercayai turut dikunjungi oleh jemaah dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Nepal, Myanmar, Kyrgyzstan dan Arab Saudi. Semua negeri di India digesa untuk mengesan jemaah yang menyertai perhimpunan tersebut.

Advertisement

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kira-kira 2,000 jemaah dipercayai menghadiri perhimpunan itu pada bulan lepas.

india covid-19

Perhimpunan tersebut menjadi titik penting dalam penularan wabak COVID-19 di India yang kini telah merekodkan 1,251 kes dan 31 kematian. Berdasarkan kes yang diterima daripada mereka yang menyertai perhimpunan itu, seramai 50 orang disahkan positif di Tamil Nadu, New Delhi (24 kes), Telangana (21 kes), Andhra Pradesh (21 kes), Andaman (10 kes) dan satu kes masing-masing di Assam, Jammu serta Kashmir.

Seorang rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut telah pun disahkan positif wabak itu dan kini sedang dikuarantin di New Delhi. Wanita tersebut dan beberapa lagi jemaah lain dari Malaysia dipercayai datang ke negara tersebut untuk menghadiri perhimpunan keagamaan yang dilakukan bulan lepas.

Pada 25 Mac yang lalu, Perdana Menteri India telah mengumumkan perintah ‘lockdown’ yang kini memberikan impak yang sangat besar kepada golongan miskin di sana. Ramai yang terperangkap di bandar Delhi tanpa wang dan makanan selepas perintah itu dikenakan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Keputusan Terburu-Buru Perdana Menteri Umumkan ‘Lockdown’ Cetuskan Panik Dalam Masyarakat Miskin Di India

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...