“Tutup semua sekolah buat sementara waktu dan laksanakan kembali Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)”
Kenyaataan itu telah dicadangkan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) bagi mengurangkan risiko penularan kes Covid-19 di sekolah.
Ujar Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, langkah itu adalah yang terbaik buat masa ini demi keselamatan warga sekolah terutama murid dan pelajar.
“Kita bimbang banyak kes penularan meningkat membabitkan sekolah dan jika dilihat kebanyakan sekolah harian”
“Sebaik mungkin tutup sementara semua sekolah dan mulakan PDPR segera kerana kita bimbang kes makin merebak dan nampaknya tidak terkawal apatah lagi suntikan vaksin pun belum menyeluruh”
“Malah, kita khuatir jangkitan di sekolah boleh berlaku daripada aktiviti tempat awam seperti bazar Ramadan dan sebagainya yang mungkin prosedur operasi standard (SOP) longgar atau tidak dipatuhi,” katanya.
Katanya, beliau mengharapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat penelitian terkini memandangkan banyak kes penularan berlaku di sekolah pada masa ini.
“Tiada pilihan penutupan sekolah perlu bagi kita mengawal dan mencegah penularan jangkitan Covid-19 di sekolah”
“Jadi, pihak berkaitan perlu mempertimbangkan menutup semula sekolah serta memantau dan meneliti bila waktu lebih selamat dan sesuai sekolah dibuka kembali,” katanya.
Terbaharu, sebanyak 19 di Selangor diarah tutup bermula hari ini berikutan wujud kluster Covid-19, malah kelmarin semua sekolah di Miri juga ditutup 14 hari kerana penularan meningkat dalam kalangan guru dan pelajar.
Kalau itu yang terbaik, nak buat macam mana, kan?