January 4th, 2012

Beberapa bulan dahulu Pian Cecupak menimbulkan kontroversi kerana mengatakan dia akan berkahwin dengan seorang model sambilan. Model itu bagaimana pun menafikan dakwaan Pian. Sehubungan itu, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman memberitahu Sinar Harian yang dia sakit teruk selepas peristiwa itu: kedua-dua belah telinganya membengkak menyebabkan pendengarannya terganggu. Selain itu, Pian juga dilihat berkelakuan seperti orang kurang siuman apabila menangis dan bercakap seorang diri, dan perkara ini hanya disedari oleh jiran-jirannya:

Saya tidak sedar apa yang berlaku pada diri saya. Tapi, menurut jiran-jiran, saya berubah menjadi seorang yang pemarah dan gemar memukul orang. Ada juga jiran mendengar saya terjerit-jerit dan menangis di dalam rumah.

Pian memberitahu kini dia tinggal dengan emaknya:-

Apabila emak saya mendapat tahu mengenai keadaan saya, dia lantas membawa saya balik ke rumahnya. Menurut emak, beberapa hari sebelum itu, dia ada bermimpi berlaku perkara tidak elok ke atas diri saya.

Pian berkata dia masih hidup dalam ketakutan walaupun sudah berubat secara moden dan tradisional.  Pian bagaimanapun enggan menyalahkan sesiapa, sebaliknya dia menganggap kejadian yang berlaku adalah kifarah ALLAH SWT untuk dirinya di atas perbuatan dahulu termasuk melakukan perubahan pada wajahnya.

Menurut Pian juga:-

Saya tidak tahu sama ada saya terkena buatan orang ataupun tidak.


34 responses to “Pian Cecupak Sakit Teruk Selepas Kontroversi”

  1. anti pondan botox!! says:

    menyampah kot…beautifulnara please xpayah bgtyau cita pasal dia nie..sapa yg nak bomohkan dia nie…buang duit je pun p bomoh…

  2. Lis says:

    tak tertingal tu kata kena sihir…ko tak rasa ker tu balasan ko sbb nk sgt tukar jantina bagai.aku igt dah berubah la.tgk lawak minggu ini..hamek kau..mini skirt lg.bila sihat x igt.ko tau tak…? ko tu pondan ker,laki ker..pompuan ker…ko tetap burok.bukan aku nk menghina kejadian allah.tp ko sendiri yg ubah semuanya jd lg buruk.nk rambot ariel peterpan,idong dafi…cam gampang la sial.

  3. macam lancau laki2 pun nak pakai botox. pondan says:

    macam lancau laki2 pun nak pakai botox. pondan

Loading...