Piala Dunia 2014 Tunjuk Bukti Rakyat Malaysia #gilabola

Hiburan

Piala Dunia 2014 Tunjuk Bukti Rakyat Malaysia #gilabola

Piala Dunia 2014 sudah pun berakhir. Kemenangan pasukan German pastinya menggembirakan para penyokong pasukan dari benua Eropah ini. Bagi Abang Nara, Piala Dunia yang berlangsung 4 tahun sekali ini menunjukkan bahawa bola sepak adalah sukan nombor 1 di dunia umumnya dan di Malaysia khasnya. Senang cerita satu dunia demam bola sepanjang sebulan yang lalu.

gila bolaMacam-macam aksi para penyokong untuk menunjukkan tanda sokongan mereka kepada pasukan masing-masing. Ada yang bersedih ketika pasukan mereka kalah, ada yang melonjak kegembiraan dan menari-nari, ada yang warnakan muka dan macam-macam lagilah. Kesemua itu telah di’capture’ oleh Celcom menerusi sebuah video yang jelas menunjukkan rakyat Malaysia sebenarnya #gilabola.

Advertisement


Terbaik kan? Awesome juga penyokong-penyokong bola sepak di Malaysia ini. Kesemua gambar ini telah dimuatnaik ke laman sosial dengan hashtag #gilabola. Abang Nara suka dengan lagu #gilabola yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow ini. Catchy dan funky. Memang sesuai dengan permainan bola sepak pantas yang ditunjukkan sepanjang Piala Dunia 2014.

Tapi paling best ialah video yang dibuat oleh salah seorang peminat bola sepak untuk menunjukkan tahap #gilabola dirinya dan rakan-rakan. Power babe. Kreatif sangat-sangat. Member-member satu ofis dia pun sporting je support. Memang sempoi lah korang.


Abang Nara dan anak pun sehingga ke hari ini masih terasa demam Piala Dunia. Anak Abang Nara setiap malam mesti ajak tendang-tendang bola. Agaknya dia pun dah #GilaBola macam ayahnya. Hehehe.


Amcam power tak kami? Apa pula aksi dan gaya yang anda tunjukkan sepanjang Piala Dunia yang telah berlangsung? Kongsikan di ruangan komen. Kalau nak muat turun lagu GilaBola Joe Flizzow yang full version, boleh lawat laman web Celcom ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...