Pastikan Pewarna Rambut Anda Ada Tiga Bahan Semulajadi Ini Untuk Elakkan Rambut Rosak!

Hiburan

Pastikan Pewarna Rambut Anda Ada Tiga Bahan Semulajadi Ini Untuk Elakkan Rambut Rosak!

Masalah rambut rosak ini selalu berlaku semasa dan selepas mewarnakan rambut buat sesetengah individu. Sampaikan ada yang cukup takut untuk warnakan rambut hanya kerana tak nak rambut rosak gara-gara pewarna rambut. Kebanyakan kes berpunca disebabkan kandungan ammonia di dalam pewarna yang boleh memudaratkan rambut dan juga kulit kepala.

Sebaiknya sebelum memilih pewarna rambut, periksa dahulu kandungan bahan yang digunakan. Lebih elok kalau pewarna rambut mengandungi bahan-bahan semulajadi yang boleh melindungi dan merawat rambut. Bukan sahaja anda dapat warnakan rambut tapi siap boleh bagi nutrisi rambut lagi!

Advertisement

Minyak Zaitun

olive oil

Buah zaitun lebih dikenali sebagai makanan sunnah yang terbukti mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk menjaga kesihatan. Selain daripada kesihatan tubuh badan, minyak dari buah zaitun ini juga membantu melembapkan rambut dan mengurangkan kegatalan pada kulit kepala yang boleh menyebabkan kelemumur.

Selain itu, minyak zaitun juga kaya dengan vitamin E yang membantu menguatkan rambut. Untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur, minyak zaitun sangat disarankan untuk anda.

Minyak Badam

minyak badam

Badam ataupun almond ini antara snek yang popular sekali dalam kalangan mereka yang menjaga kesihatan. Tapi tahukah anda, minyak badam adalah pelembap terbaik untuk rambut anda? Minyak badam sangat kaya dengan vitamin A, B dan E yang membantu memberikan kelembapan pada rambut kering dan bercabang.

Kandungan vitamin di dalam minyak badam juga membantu rambut nampak lebih bersinar dan mengatasi masalah rambut kering.

Minyak Avokado

avokado

Tidak seperti buah-buahan yang lain, buah avokado sangat kaya dengan lemak sihat yang digunakan untuk menjadi minyak. Minyak avokado juga bersifat lebih ringan daripada minyak yang lain, jadi anda boleh menggunakannya pada kulit kepala tanpa risau pori kepala tersumbat.

Selain daripada kaya dengan oleic acid yang memberi kelembapan, minyak avokado juga membantu anda menjaga kesihatan kulit kepala terutamanya mereka yang mempunyai masalah kulit kepala kering.

Jadi sebelum pilih pewarna rambut, kena pastikan dulu kandungan dalam pewarna rambut tu ada tiga minyak semulajadi yang disebutkan tadi. Tapi rasa-rasanya, ada ke pewarna rambut dengan tiga bahan ni ye? Kalau ada pun, mesti mahal kan?

Garnier Color Naturals

Garnier Color Naturals

Sekarang ni anda tak perlu pening kepala lagi sebab Garnier Color Naturals ada semuanya! Mengandungi minyak-minyak semulajadi dari Zaitun, Badam dan Avokado untuk memastikan rambut kekal bernutrisi walaupun anda mewarnakan rambut. Kandungan minyak semulajadi ini akan memberikan warna yang intens dengan Color Lock Technology selain menjaga ketahanan warna dan rambut terawat selama 8 minggu.

Selain itu, pewarna rambut Garnier Color Naturals juga bebas daripada ammonia yang boleh membuatkan rambut rosak! Dengan fruit serum dan vitamin juga, rambut anda kekal sihat dan lembut dengan wangian harum. Jadi tak perlu risau sebab bukan saja anda dapat warnakan rambut malah Garnier Color Naturals siap mengekalkan nutrisi rambut lagi.

Bukan itu saja, Garnier Color Naturals juga menjadikan rambut anda 5X lebih berkilau selepas diwarnakan. Yang penting, pewarna rambut ini juga telus air dan halal* untuk digunakan!

*sila rujuk pada pek untuk logo halal

Dalam pek Kit & Sachet

Garnier Color Naturals

Garnier Color Naturals didatangkan di dalam dua bentuk pek iaitu kit dan sachet. Untuk pek kit didatangkan dengan 6 pilihan warna iaitu ialah Hitam Alami, Coklat Gelap, Merah Burgundy, Coklat, Coklat Caramel dan Merah Berry. Harganya pula sangat berpatutan hanya RM19.90 sahaja!

Selepas mewarnakan rambut, anda juga boleh gunakan kondisioner Garnier Color Naturals yang terdapat dalam pek untuk rawatan selepas pewarnaan. Diperkaya dengan fruit serum & vitamin agar rambut lebih halus, lembut & berkilau.

Garnier Color Naturals

Untuk pek sachet pula hanya berharga RM8.40! Pek sachet ini sesuai digunakan untuk anda touch up bahagian akar rambut yang baru tumbuh. Anda juga boleh gunakan pek sachet ini untuk yang berambut pendek memandangkan jumlahnya yang lebih sedikit dari pek kit.

Aplikasinya juga lebih cepat kerana anda hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk warnakan rambut dengan pek sachet. Ada 4 pilihan warna untuk pek sachet antaranya ialah Hitam Alami, Coklat Kehitaman, Coklat dan Merah Burgundy.

Anda boleh dapatkan produk Garnier Color Naturals di pasar raya berhampiran dan juga boleh didapati secara atas talian di Lazada, Shopee dan Hermo. Untuk mudahkan kerja anda, cuma klik saja pada link yang disediakan di bawah ini.

Lazada: Kit / Sachet

Shopee: Kit / Sachet

Hermo: Kit / Sachet

Untuk maklumat lanjut tentang Garnier Color Naturals boleh layari laman sesawang rasmi Garnier. Ikuti Garnier di laman Facebook dan Instagram untuk dapatkan sebarang maklumat terkini tentang Garnier Color Naturals.

Selamat mencuba!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...